Sunday, February 16, 2020

DRAMA PERALIHAN KUASA PERDANA MENTERI

DRAMA peralihan kuasa menjadi hidup, apabila berlakunya langkah Port Dickson, bila mana MP PKR mengosongkan parlimen tersebut bagi membuka jalan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim memasuki parlimen.

Keputusan mantan MP kawasan itu, Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kawasan yang dimenangi pada PRU-14, menurut beliau adalah satu penghormatan, atas sebab beliau memberi ruang kepada bakal Perdana Menteri.

Seperti yang sudah diketahui PRK Port Dickson dimenangi dengan mudah oleh Datuk Seri Anwar, memandangkan tiada lawan yang kuat pada masa itu, walaupun Pas meletakkan calon, kerana belum terbentuknya Muafakat Nasional. Malah pada PRK itu, Umno berkecuali, ertinya tidak menyokong mana-mana pihak.

Semenjak Anwar menjadi MP, maka beterusan lah cerita berkaitan peralihan kuasa, khususnya dalam kubu Anwar, dan mengharapkan peralihan kuasa benar-benar berlaku pada Mei,2020, ekoran persetujuan mulut sebelum PRU-14, antara pemimpin PKR, DAP, Amanah dan Bersatu, selepas Tun Dr Mahathir, maka Anwar akan mengambil alih. Ada yang mengatakan persetujuan itu berlaku pada awal Januari, 2018, namun tiada tarikh atau tempoh masa ditentukan menerusi hitam putih.

Dalam Pakatan Harapan, penentuan siapa Perdana Menteri, diputuskan oleh Majlis Presiden daripada 4 parti tersebut, bukannya berasaskan jumlah kerusi masing-masing parti atau dengan lain perkataan, kuasa masing Presiden parti adalah sama, iaitu pada nisbah 25:25:25:25. Seorang yang dipilih Perdana Menteri mesti mempunyai markah 75 atau tiga orang Presiden/Ketua kepada yang dipilih.

Pada 21 Februari ini, akan ada mesyuarat Majlis Presiden, namun menurut Setiausaha Agong Bersatu, Marzuki Yahya, peralihan kuasa tiada dalam agenda mesyuarat, pun demikian, ruang akan diberikan kepada Dato Seri Anwar, jika isu peralihan kuasa berbangkit.

Di kalangan pemimpin Bersatu, termasuk para wakil rakyat parti itu berkecenderungan, agar Pengerusi parti itu yang juga Perdana Menteri diberi ruang dan peluang menjadi Perdana Menteri sehingga tamat penggal ke-14 Dewan Rakyat, ertinya, sehingga PRU-15 akan datang, yang bakal diadakan pada tahun 2023.

Jika Tun Dr Mahathir meneruskan jawatan sehingga tamat penggal, maka beliau akan mencatit rekod, sebagai Perdana Menteri mendekati usia 100 tahun. Pada Disember ini (atau Julai) Tun akan berumur 95 tahun, pada tahun 2023 usia beliau memasuki 98 tahun.

Sejak PH menubuhkan kerajaan selepas PRU-14, berbagai isu timbul berkaitan peralihan kuasa. Antara isu-isu itu, berlakunya keretakkan dalam PKR sendiri, antara kubu Anwar dan Azmin. Timbulnya isu rakaman video antara seks songsang Azmin, dakwaan salah laku seks terhadap Anwar, namun semua itu, hanya merupakan ombak kecil dalam parti itu, atau ombak kecil dalam Pakatan Harapan.

Isu yang paling muktabar yang mempunyai impak kepada peralihan kuasa Perdana Menteri, apabila pihak lain di luar PH terlibat.

Pihak luar yang terlibat itu adalah Parti Pas, dan sebahagian kecil wakil rakyat Umno.

Pas sangat jelas mempengaruhi peralihan kuasa, dalam PH, apabila menyokong Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga tamat penggal, malah akan mengusulkan pada sidang parlimen pada Mac, USUL PERCAYA kepada Tun Dr Mahathir.

Usul penting seumpama ini, tidak akan wujud, jika Pas tiada sokongan sekurang-kurangnya 112 daripada 222 ahli parlimen. Pas sendiri, mempunyai 18 kerusi parlimen, manakala PH termasuk Warisan dan UPKO 139. Jika usul Pas itu diterima oleh Speaker Dewan Rakyat, maka ahli parlimen PH, Warisan dan UPKO tiada pilihan melainkan menyokong, jika tidak, maka dengan sendirinya, penolakan kepada Kerajaan off the day.

Besar kebarangkalian Speaker tidak akan menerima usul Parti Pas tersebut, dengan memberi alasan, ianya tidak segera atau tidak mendesak, berbanding urusan kerajaan.

Melihat kepada jumlah kerusi yang berpihak kepada PH, usul percaya tidak timbul, kecuali usul itu mempunyai maksud lain, iaitu melihat, apa kah kubu Anwar dan DAP "masih" menyokong Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Di media atas talian atau media cetak membuat berbagai spekulasi, kononnya ada 138 ahli parlimen daripada berbagai parti telah menurunkan tandatangan menyokong Tun Dr Mahathir meneruskan jawatan Perdana Menteri sehingga tamat penggal, namun gerakan itu sudah disahkan oleh Perdana Menteri sendiri, beliau tidak terlibat. Jika gerakan itu betul, maka sudah pasti peralihan kuasa selepas persidangan APEC pada November tidak akan berlaku, kecuali atas kehendak Tun sendiri, iaitu dengan sukarela melepaskan jawatan.

Sudah kerap sekali, Tun mengatakan akan mengotakan janji, akan melepaskan jawatan kepada pengganti, pun demikian, beliau juga berkata, ianya sangat bergantung persetujuan majoriti ahli parlimen, kerana jika ahli parlimen tidak bersetuju dengan pengganti, maka akan menolak pengganti itu. Jika itu berlaku, maka kerajaan hilang kepercayaan. Kalau demikian berlaku, maka ada dua kemungkinan, SPBA akan melantik seseorang yang diyakini mendapat sokongan ahli-ahli parlimen, atau parlimen terpaksa dibubarkan untuk membuka ruang PRU-15.

Kalau lah diperhatikan keadaan negara, baik daripada segi perkembangan ekonomi mahupun politik, syogianya diadakan PRU-15, untuk rakyat memilih, mana parti yang diberi mandat, agar kepercayaan kepada negara kembali.

No comments:

Blog Archive