Saturday, February 15, 2020

RAKYAT SABAH PERLU RAMAINYA RAYMOND AHUAR!!!!

Raymond Ahuar Bersama lori balak yang beliau bongkar
DARIPADA sekecil-kecilnya disapu dan dilahap. Daripada bantuan tengkujuh, sehingga projek bernilai RM1.5bilion daripada kementerian dijaga Peter Anthony, pembalakan berleluasa oleh syarikat kroni, menunjukkan para pemimpin yang menerajui kerajaan sudah merasakan, bahawa kerajaan mereka adalah kerajaan SEPANGGAL!!!.

Termasuk kabinet Shafie, turut merasakan, bahawa kedudukan mereka hanya sepenggal, sebab itu terpaksa menutup semua kelemahan, termasuk memecat pemimpin yang tidak sehaluan dalam persengkokolan menyapu bersih apa sahaja bentuk mengumpul kewangan untuk bekalan dikala tiada lagi kuasa.

Shafie dengan pantasnya meletakkan para individu yang sanggup bersengkokol dengan tindakan membolot apa sahaja projek atau khazanah yang boleh membuahkan kewangan, di semua peringkat, baik jabatan kerajaan atau agensi kerajaan, namun terlepas pandang, bahawa ada juga pemimpin yang masih mahu mempertahankan rakyat seperti mana dilakukan oleh Ketua Pemuda PH/PKR, Raymond Ahuar.

Rakyat Sabah sangat memerlukan ramai Raymond Ahuar daripada kerajaan Warisan-UPKO, agar malapetaka besar tidak melanda negeri dan rakyat Sabah.

Membiarkan kerajaan Warisan-UPKO, akan menyebabkan hutan belantara Sabah menjadi gondol, dan tidak akan dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Pemimpin era Barisan Nasional, khususnya bermula tahun 2003, sangat mementingkan khazanah hutan Sabah yang hampir pupus sebelumnya dijaga dengan baik agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Sebagai bukti kepada usaha itu, keluasan hutan kekal Sabah pada tahun 2017 adalah 1.87juta hektar, berbanding tahun 2002;838 ribu hektar. Melihat kepada fakta tersebut, dengan sendirinya menjawab dakwaan pihak-pihak tertentu masa itu, kononnya kerajaan era lalu sangat rakus membalak, sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya. Berlainan dengan kerajaan Warisan-UPKO, hanya 20 bulan, sudah didapati pembalakan luar biasa berlaku. Jika melihat trend itu, maka diperkirakan, menjelang 5 tahun, kemungkinan besar, 1 juta hektar hutan dara, bakal musnah.

No comments:

Blog Archive