Friday, February 14, 2020

ERA WARISAN-SIAPAPUN YANG BANTAH BAKAL JADI MANGSA

Raymond Ahuar bergambar dengan lori balak
DATUK Shafie Apdal tidak akan menerima apa-apa alasan, waima pemimpin yang menyokong beliau bertapak pada jawatan Ketua Menteri, jika pemimpin itu tidak ikut telunjuk, khususnya berkaitan pembalakan. 

Niat membalak kawasan hutan belantara Sabah untuk kepentingan peribadi atau kroni, sudah tertanam sejak tahun 1994. Niat itu terpendam, puluhan tahun. 

Keputusan Kerajaan Sabah memansuhkan eksport kayu bulat, hanya merupakan gimik politik, supaya rakyat terhibur atau terpengaruh, apabila eksport kayu bulat tidak dibenarkan, maka pembalakan berkurang, sedangkan pada masa yang pembalakan berterusan, kononnya untuk mengembangkan industri pembuatan berasaskan kayu. 

Di Sabah, belum pernah berlaku berlori-lori kayu bulat didapati tercegat di tengah jalan berdekatan dengan kawasan hutan simpan pada pertengahan tahun 2019, hanya kerana salah satu lori membawa balak terbalik di tengah malam. Kerana didapatinya lori-lori pembawa balak tersebut, maka berbagai pihak termasuk Konservator hutan Sabah (dulu dipanggil Pengarah Hutan) terpaksa membuat kenyataan, bahawa kayu-kayu itu ditebang di kawasan konsensi Yayasan Sabah dan syarikat yang diberikan konsensi di bawah program FMU (Forest Management Unit). 

Sementara Datuk Shafie cuba mengelabui rakyat dengan hujah-hujah bahawa kerajaan beliau telah mengawal pembalakan dengan baik sekali, sambil menuduh bahawa pembalakan berleluasa berlaku pada era kerajaan lalu, rakyat dikejutkan, apabila 1,700 batang balak dari hutan dara ditebang di kawasan perlindungan hutan Long Mio, Sipitang awal bulan ini. 

Kegiatan pembalakan haram, berlaku di kawasan pedalaman, sehinggakan Ketua Cabang PKR Pensiangan, Raymond Ahuar, bergambar dengan lori-lori balak, malah melawat kawasan yang dibalak. Ekoran tindakan itu, Raymond dipecat daripada jawatan setiausaha politik kepada Timbalan Ketua Menteri (kouta cina)- Christina Liew, kononnya atas cadangan Shafie sendiri semasa mesyuarat Kabinet negeri. Jika maklumat itu benar, maka Raymond adalah individu pertama di bawa dalam mesyuarat kabinet untuk tujuan pemecatan. 

Kerajaan Shafie berselindung pada pembukaan 90 kampung berdekatan hutan simpan, semata-mata untuk menghalalkan pembalakan di kawasan hutan dara. 

Shafie tahu betul, bahawa kerajaan beliau mewarisi kawasan hutan dara seluas 1.87juta hektar (1,870 ribu hektar), akibat polisi kerajaan era Barisan Nasional khususnya semasa era Tan Sri Musa Aman, yang telah membatalkan sebarang lesen pembalakan baharu pada tahun 2006. Ekoran tindakan itu, maka kawasan hutan simpan Sabah pada tahun 2002 yang hanya 838 ribu hektar telah bertambah 1,032 ribu hektar atau 1.032juta hektar untuk tempoh masa itu. 

Pembalakan ada lah sumber cepat mendapatkan wang, kerana pada masa ini, sumber mendapatkan keuntungan peribadi daripada projek-projek kerajaan sangat terhad, atas sebab saluran peruntukan daripada Persekutuan dikawal atau telah dikurangkan, termasuk peruntukan daripada KKLW. 

Pembalakan, bukan sahaja menjadi sumber pendapatan para kroni atau syarikat-syarikat yang diberikan lesen, juga sebagai sumber dana politik. Parti Warisan, sangat memerlukan dana politik yang besar, khusus untuk menghadapi PRU-15, apa tah lagi, kejutan yang dibuat oleh pengundi Kimanis pada PRK kawasan itu, yang mendapati calon parti itu kalah, meskipun ditamburkan berbagai peruntukan pembangunan, dan wang mengundi pada para pengundi.

Bagi mereka yang biasa mengendalikan balak, melihat saja bentuk balak yang dimuat atas lori, sudah dapat mengenalpasti, bahawa balak-balak itu adalah balak daripada kawasan hutan kelas-I, ertinya kawasan hutan yang totally protected.

No comments:

Blog Archive