Wednesday, February 12, 2020

KERAJAAN PINTU BELAKANG SABAH

APA rasional di sebalik Kerajaan Pintu Belakang? Kalau diteliti dalam konteks aspirasi rakyat secara umum, ianya bukan kehendak mereka. 

Kerajaan PINTU BELAKANG, hanya perbuatan individu, yang haknya dalam arena demokrasi hanya satu undi.

Kalau lah hak atau kehendak rakyat umum dituruti, sepatutnya KERAJAAN PINTU belakang tidak boleh berlaku. 

Jika berlaku perbuatan wakil rakyat lompat parti yang menyebabkan kerajaan yang dibentuk jatuh, maka syogianya, perlu kembali kepada rakyat untuk menentukan pihak atau parti mana diberikan mandat oleh mereka.

Mengapa Kerajaan PINTU BELAKANG tidak perlu dbentuk? sebabnya, para pemimpin yang membentuk kerajaan itu, akan cenderung bertindak menghalalkan cara, hanya untuk tujuan mempertahankan kuasa.

Di negara ini, penyakit wakil rakyat lompat parti, dimulakan di Sabah, kemudian berjangkit di Perak, itupun hanya sekali sahaja berlaku di negeri itu, iaitu pada tahun 2009. Manakala di Sabah sudah berlaku 2 kali, iaitu pada tahun 1994 dan 2018.

Penyakit ini pelan-pelan berjangkit di peringkat Persekutuan, apabila TIMBUL isu KERAJAAN Perikatan Nasional atau Pakatan Nasional, meskipun ianya hanya khabar angin atau spekulasi.

Asas kepada perikatan baru ini adalah penyatuan kaum melayu di Semenanjung, sebagai kaum majoriti di negara ini.

Meskipun kerajaan yang bakal dibentuk baik untuk kaum melayu di Semenanjung, tetapi tidak mendapat sambutan positif daripada kaum bumiputera daripada Sabah dan Sarawak.

Komposisi jumlah kerusi parlimen di negara ini, Sarawak mewakli 31, sementara Sabah 25, manakala Semenanjung 166, termasuk WP Labuan. 

Dalam senario sekarang, tiada satu parti pun boleh membentuk kerajaan Persekutuan, tanpa kerjasama dengan parti-parti lain. Juga, tiada kerajaan Persekutuan boleh dibentuk, tanpa mendapat kerjasama dengan ahli parlimen daripada Sabah dan Sarawak.

Atas keadaan ini lah, kerajaan Pintu Belakang mendapat tempat, seperti mana berlaku di Sabah pada PRU-14.

PRU-14 Sabah, rakyat Sabah telah mengundi Barisan Nasional dengan memberi kemenangan 29 kerusi, kurang 2 kerusi untuk majoriti mudah, 31 daripada 60 kerusi DUN Sabah. Berasaskan kedudukan itu, maka BN berkerjasama dengan parti kecil STAR yang menang 2 kerusi, maka terbentuklah Kerajaan BN PLUS pada malam 10 Mei, 2018, 24 jam selepas keputusan PRU-14 diumumkan.

Sebenarnya kerjasama antara parti selepas pilihanraya umum, biasa berlaku termasuk di United Kingdom, Australia dan Kanada, akan tetapi bukan kerajaan yang berasaskan lompat parti.

Kerajaan yang dibentuk berasaskan lompat parti, bercanggah dengan aspirasi rakyat. Di Sabah pula, kerajaan yang dibentuk pada 11 Mei, 2018, membawa kepada krisis perlembagaan, dan sehingga kini, masih di Mahkamah Persekutuan menunggu keputusan.

Selepas 20 bulan pemerintahan Kerajaan Pintu Belakang, ternyata membawa banyak kemudaratan kepada negeri, termasuk rakyat, haiwan dan alam sekitar. Kemudaratan kepada rakyat, kerana perekonomian merudum, sehinggakan mengundang ramai penganggur, kerana tiadanya peluang-peluang pekerjaan baharu diwujudkan. Kemudaratan pada alam haiwan, termasuk kematian haiwan dilindungi gajah. Manakala pada alam sekitar, berlakunya pembalakan haram berleluasa.

Melihat kepada kemudaratan yang dilakukan oleh Kerajaan Pintu Belakang, maka menjustifikasikan bahawa Kerajaan Pintu Belakang sewajarnya tidak boleh wujud.

Kata peribahasa, apabila Kerajaan Pintu Belakang diteruskan juga, maka seperti nasi menjadi bubur. Rakyat yang mempunyai kuasa tidak dapat berbuat apa-apa, kerana terpaksa menunggu 5 tahun untuk mengubah semula atau memberi mandapat pada parti atau pemimpin yang mempunyai kewibawaan atau kebolehan memerintah.

Kerajaan Pintu Belakang Sabah, sepatutnya malu pada isyarat yang diberikan pengundi Kimanis, kerana menerusi PRK tersebut, calon yang bertanding pada PRU-14 yang hanya kalah 156 undi, akan tetapi calon yang sama mengalami kekalahan yang meningkat kepada 2029 pada PRK tersebut, atau penolakan rakyat boleh dianggap penolakan 1,200.64%.

Secara umumnya, kecenderungan pengundi Sabah agak homogen daripada Pantai Barat Utara, Barat, Selatan dan Pedalaman, kecuali Pantai Timur Sabah. Kerana kehomogenan itu, maka keputusan PRK Kimanis mewakili kecendrungan pengundi secara umumnya di kawasan-kawasan tersebut.

Pada PRU-15, kemungkinan besar, trend pada PRK Kimanis akan beterusan. Mendasari keadaan itu, berkemungkinan besar Kerajaan Pintu Belakang, bakal ditolak pengundi Sabah.

2 comments:

Anonymous said...

Dapatkan undi percaya di Parlimen, Kit Siang cabar Najib Pada 12 Mei 2015 oleh RoketKini

Menurut Kit Siang, ia pernah diusulkan di Dewan Rakyat pada 27 Januari 1976 oleh Tun Hussein Onn (ketika itu Datuk) apabila beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ketiga selepas kematian Tun Razak. “Najib wajar membawa usul percaya di Parlimen pada hari Isnin demi membuktikan kepada negara dan dunia bahawa beliau masih menikmati kepercayaan majoriti Ahli Parlimen negara ini,” tegas Kit Siang. – Roketkini.com

Kalau undi percaya gagal dapat sokongan Ahli Dewan Rakyat, maka undi percaya yang dilakukan itu akan bertukar menjadi undi tidak percaya pada Dr. Mahathir, dan Dr. Mahathir mesti mengadap SPB YDP Agong untuk menyerahkan surat perletakan jawatan beliau dan kerajaan Pakatan Harapan.

Terpulang kepada SPB YDP Agong untuk membuat keputusan sama ada mahu parlimen dibubarkan untuk diadakan PRU 15 atau baginda akan menitahkan supaya satu kerajaan alternatif yang akan memerintah hingga akhir penggal ditubuhkan untuk menggantikan kerajaan Pakatan Harapan, dan ini juga akan buat Anwar kempunan untuk jadi Perdana Menteri.

Jadi memanglah tidak menghairankan bila Anwar melenting ke tahap maksima bila dapat tahu PAS akan melakukan undi percaya terhadap Dr. Mahathir.

Anwar tahu, undi percaya itu adalah kehendak Dr. Mahathir sendiri, tak mungkin PPBM akan melakukan undi percaya sebab kita semua tahu auta dan cara Dr. Mahathir berpolitik.

Sebut nama Dr. Mahathir pulak, apa yang terlintas di kepala kita? Weekk!! Muntah..lidah bercabang, kaki fitnah jijik dolu bukti fakta tolak tepi, lokos lencun kena kencing dan kepala perompak dan melacurkan islam dengan plakad COMANGO @MarinaGereja

Atok Kaki Pusing, Atok Kaki Kencing dan macam-macam lagi...rakyat dah bosan meluat kahak puiiiiii..!!

Pertembungan antara Dr. Mahathir bukan kali pertama, dah menjangkau lebih 2 dekad, jadi tak perlulah admin tuliskan kronologinya lagi, bosanlah.

Apa yang admin nak tuliskan sekarang nie ialah tentang peralihan kuasa yang Dr. Mahathir janjikan pada Anwar Ibrahim.

Kalau ikut yang diwar-warkan, tak lama lagi tu, sekarang dah bulan Februari, maknanya tinggal 2 bulan setengah jer lagi.

BANG NON MACAI REFORMASI KEMPUNAN LAGI
AAUUCHH DIPATUK ULAR TAK ADA BISA DUA KALI
PKR REFORMASI JER BODOH BUTA PEKAK TULI
RAPIJI DAH KATA 'INI LIDAH BERCABANG PUNYA JANJI'

Tapi signal dari Dr. Mahathir, jelas tunjukkan yang Anwar sekali lagi akan kena main.

Satu-satunya pilihan yang Anwar ada ialah perkudakan balik budak-budak otai reformasi buat demonstrasi, bergolek-golek, berguling-guling di jalanraya...������

Bila itu berlaku, apakah Dr. Mahathir akan serahkan jawatan Perdana Menteri atau Anwar akan terus gigit jari?

Apa pun kesudahannya, itulah yang akan berlaku bila Kaki Kencing Kena Kencing Dengan Saka Yang Kuat Pusing...kikiki

FORMULAELAKKENCING2KALI = POP CORN TAMBAH + TEPOKKKK..!!!

Unknown said...

If you're trying hard to lose weight then you absolutely have to start following this totally brand new custom keto meal plan diet.

To design this keto diet, licensed nutritionists, fitness couches, and professional cooks have joined together to produce keto meal plans that are efficient, convenient, economically-efficient, and fun.

From their grand opening in January 2019, 1000's of individuals have already remodeled their figure and well-being with the benefits a certified keto meal plan diet can provide.

Speaking of benefits; in this link, you'll discover 8 scientifically-confirmed ones provided by the keto meal plan diet.

Blog Archive