Saturday, February 22, 2020

KEDUDUKAN TUN DR MAHATHIR SEMAKIN KUKUH

MESYUARAT Majlis Presiden PH yang diadakan pada malam 21 Februari, 2020 di Putrajaya yang diramal berbagai pihak bakal menentukan tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, bertukar kepada pengukuhan kedudukan Tun sebagai Perdana Menteri.

Tidak timbul desakan atau paksaan daripada PH untuk Tun melepaskan jawatan, sebaliknya peralihan kuasa sesuai dengan pendirian beliau sendiri, selepas persidangan APEC pada November ini, yang mana Malaysia menjadi tuan rumah persidangan tersebut. 

Jelas, Majlis pimpinan PH, bersetuju tiada tarikh atau had masa ditentukan selepas APEC, berhubungan dengan peralihan kuasa, sebaliknya terpulang kepada Tun menentukan masa yang sesuai. Dalam perkembangan yang sama, bakal pengganti beliau, DSAI, jelas dan tegas berkata “saya kena sabar”. 

Pendirian Majlis Presiden PH, jelas dan nyata menjawab berbagai spekulasi atau gerakan yang bakal memecah belahkan pakatan antara 4 parti dalam PH yang bertiup sebelum ini, termasuklah “gerakan Pakatan Nasional” yang melibatkan parti Pas, sebahagian ahli parlimen Umno, PPBM, sebahagian ahli parlimen PKR yang pro Dato Azmin Ali. 

Keputusan Majlis Presiden PH malam tadi, jelas memberi isyarat kepada semua pihak dalam negara ini dan dunia, bahawa pemerintahan PH adalah stabil, tiada keraguan, setidak-tidaknya dalam penggal ke-14 parlimen. 

Keputusan Majlis Presiden PH yang menyerahkan keputusan kepada Tun untuk menentukan tarkih peralihan kuasa, adalah bersesuaian dengan peralihan kuasa Perdana Menteri sebelum ini yang dilaksanakan dengan penuh teratur. 

Peralihan kuasa Perdana Menteri di negara ini, bukanlah perkara baru atau luarbiasa, kerana sebelum ini, telah berlaku peralihan kuasa Perdana Menteri, setahun selepas pilihanraya umum, iaitu antara Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) kepada Dato Seri Najib Razak pada september, 2009, setahun setengah selepas PRU tahun 2008. 

Mendasari keputusan Majlis Presiden PH, maka mana-mana pihak yang cuba melemahkan pakatan dalam PH, perlu dihentikan, kerana ianya hanya perbuatan membuang masa. 

Pihak pembangkang, kena menerima hakikat, sebarang pertukaran kerajaan hanya boleh dilaksanakan selepas PRU, dan keputusan itu ditentukan oleh rakyat, pihak mana diberi mandat untuk memerintah negara. 

Keputusan Majlis Presiden yang bermesyuarat pada malam ini, menunjukkan, bahawa tiada ruang untuk kerajaan pintu belakang. Syogianya keadaan ini lah yang perlu diamalkan dalam negara, dan di masa akan datang, kerajaan pintu belakang tidak seharusnya berlaku. 

Kerajaan pintu belakang, meskipun tidak bercanggah dengan dunia demokrasi, akan tetapi, ianya bertentangan dengan aspirasi rakyat. 

Di negara ini, masih terdapatnya kerajaan pintu belakang, iaitu kerajaan negeri Sabah!!!.

1 comment:

Pak yop said...

Atok pegang la pm sampai mati..saya sokong

Blog Archive