Saturday, February 29, 2020

KEJUTAN PAGI SABTU TIDAK MENGHALANG TSMY DILANTIK PM-8

SEMALAM kubu Tan Sri Muhiyiddin Yassin (TSMY) tidur nyenak, kerana Perikatan Nasional yang diketuai Presiden Bersatu itu jauh ke depan berbanding calon Pakatan Harapan- Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI)

Sebelum semua masuk tidur, kubu TSMY merasa yakin mendapat sekurang-kurangnya 123 ahli parlimen, namun semasa dalam perjalanan ke Istana Negara, dikejutkan dengan Gerakan Awal Pagi Sabtu, apabila Pakatan Harapan berpusing 360 darjah, menukar calon PM8 kepada Tun Dr Mahathir.

Sebagai implikasi kepada pertukaran di saat-saat akhir itu, Presiden Warisan dan Ketua Pemuda parti itu yang hadir di rumah kediaman TSMY semalam, terpaksa menukar keputusan 180 darjah, dengan mendakwa bahawa parti secara konsisten menyokong Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Ekoran kepada peralihan sokongan tersebut, kubu TSMY berkurang 9 undi atau penyokong dan seterusnya berbaki 114. Jumlah tersebut sudah melepasi angka majoriti mudah daripada 222 anggota parlimen.

Menurut telahaan penulis, kubu TSMY mendapat undi daripada BN=42; Bersatu=33; PAS=18; GPS=18; STAR=1; dan PSB=1 serta PBRS=1. (Nota MP Bersatu yang tidak menyokong TSMY adalah Tun sendiri, Datuk Mukhirz dan Syed Saddiq Abdul Rahman).

Berasaskan kepada parti-parti yang berpihak kepada kubu TSMY, maka akan berlaku perubahan kerajaan di beberapa buah negeri di Semenanjung.

Di Sabah pula, Kerajaan Warisan mengikuti jejak Kerajaan PBS pada tahun 1990, adalah Kerajaan yang membangkang Kerajaan Persekutuan.

Berikutan perubahan kerajaan daripada Pakatan Harapan kepada Gabungan baharu (mungkin dinamakan sebagai Kerajaan Perikatan), Bersatu Sabah akan menjadi pembangkang di peringkat negeri.

No comments:

Blog Archive