Saturday, February 29, 2020

BADI JAWATAN PERDANA MENTERI: SELEPAS PKR KINI BERSATU PULA BERPECAH

PKR sudah berpecah, kini giliran Bersatu pula berpecah. Penyebabnya hanya JAWATAN PERDANA MENTERI.

Ekoran pencalonan semula Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri oleh Pakatan Harapan, parti Bersatu diambang perpecahan.

Para pemimpin Bersatu yang berpihak kepada Tun Dr Mahathir cuba menggunakan Perlembagaan parti secara teknikal untuk menafikan peluang Tan Sri Muhiyiddin Yassin dipilih sebagai Perdana Menteri ke-8.

Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya telah membuat kenyataan, Tun Dr Mahathir masih Pengerusi parti itu. Manakala Tan Sri Muhiyiddin pula mendakwa, beliau adalah pemangku Pengerusi parti itu sehingga pemilihan parti, atas sebab Tun telah meletakkan jawatan pada 24 Februari lalu.

Walaupun Tun telah meletakkan jawatan, akan tetapi perletakan jawatan itu ditolak oleh Majlis Tertinggi parti itu, dan seterusnya merayu agar Tun kembali menjadi pengerusi. Rayuan itu telah diterima oleh Tun. 

Berasaskan kepada senario tersebut, hanya pihak ROS yang dapat menentukan siapa pengerusi sebenar.

Perbalahan berkaitan jawatan Pengerusi Bersatu, timbul, kerana menurut perlembagaan parti itu, Pengerusi yang mempunyai kuasa mewakili parti bukannya Presiden.

Melihat kepada perbalahan berkaitan jawatan Pengerusi Bersatu, maka jika YDP Agong mengambil kira, maka TSMY tidak dapat mewakili parti Bersatu sebagai parti.

TSMY selepas menghadap YDP Agong, telah menyatakan bahawa beliau kini mewakili Perikatan Nasional yang terdiri daripada BN, Pas, PBRS, STAR, GPS-Sarawak serta Bersatu.

No comments:

Blog Archive