Friday, January 17, 2020

PSS-CADANGAN BARISAN NASIONAL SATU PEMBOHONGAN

APA-APA bentuk kad untuk menggantikan IMM13, Kad Burung-Burung dan Kad Banci tidak pernah dicadangkan apa tah lagi diluluskan oleh Majlis Keselamatan Dalam Negeri (MKN) peringkat Negeri Sabah di era pemerintahan BN Sabah. Juga, dalam Laporan RCI PATI Sabah yang diumumkan pada Disember, 2014 tiada sebarang cadangan kad untuk menggantikan tiga dokumen tersebut.

Kerajaan Warisan Sabah menerusi Datuk Shafie Apdal, membuat dakwaan kononnya terdapat minit Mesyuarat peringkat pengurusan teknikal PATI Sabah bertarikh 14 Mac 2016 untuk menyelaras dokumen-dokumen yang diberikan kepada PATI, dan seterusnya mencadangkan satu kad yang disebut sebagai Pas Residen Sabah untuk menggantikan semua bentuk dokumen. 

Sebaliknya, Tan Sri Pairin telah menafikan wujudnya sebarang cadangan, akan tetapi hanya berbentuk perbincangan bagi maksud penyelarasan. Perlu difahami, mana-mana mesyuarat termasuk mesyuarat teknikal, akan timbul berbagai perbincangan, akan tetapi ianya bukan lah satu cadangan. 

Jika dilihat menerusi beberapa siri dakwaan kononnya isu PSS merupakan satu cadangan daripada BN, apabila Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhiyiddin Yassin dalam satu sidang media sempena kempen PRK Kimanis mendakwa kononnya terdapat minit mesyuarat MKN Sabah yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah dan Menteri Dalam Negeri pada tahun 2015. Jika dilihat daripada segi rentetan peristiwa, dakawaan tersebut bercanggah dengan minit mesyuarat yang diadakan pada Tahun 2016 di peringkat pengurusan teknikal, kerana sepatutnya sebelum sebarang perbincangan di peringkat Majlis Keselamatan Negeri yang dipengerusikan bersama Menteri Dalam Negeri dan Ketua Menteri Sabah, maka perlu adanya cadangan terlebih dahulu diperingkat teknikal yang dipengerusikan oleh Tan Sri Pairin Kitingan. 

Terlihat sangat, bahawa dakwaan Kerajaan Warisan Sabah bahawa PSS yang kononnya asalnya disebut Pas Residen Sabah adalah cadangan Kerajaan Era BN, merupakan satu pembohongan tersusun dan teratur. 

Hakikatnya dakwaan pihak kerajaan Sabah hari ini yang membuat dakwaan bahawa PSS bukan cadangan mereka adalah semata-mata untuk menyokong cadangan pengeluran Pas Sementara Sabah (PSS) untuk menggantikan 3 dokumen PATI Sabah. 

Ada lah pelik apabila Kerajaan Warisan mendakwa bahawa pengeluaran kad bagi menggantikan 3 dokumen PATI Sabah adalah cadangan kerajaan lalu, sedangkan cadangan penggantian 3 dokumen yang diberikan kepada PATI Sabah tidak pernah dihibahkan pada mana-mana mesyuarat kabinet negeri atau mesyuarat MKN Negeri semasa era pemerintahan BN. 

Isu PSS yang mula kedengaran apabila Kerajaan Warisan menerusi pengumuman Menteri Dalam Negeri tahun lalu, bakal dilaksanakan bermula 1 Jun 2020, dan kemudiannya isu itu menjadi perdebatan hangat pada Sidang DUN Sabah akhir tahun lalu. 

Semasa membahaskan isu tersebut, 2 mantan anggota kabinet Negeri Sabah era BN, iaitu ADUN Tamparuli dan ADUN Sulaman mempertikai keputusan pengeluaran PSS. Jika memang benar, bahawa isu PSS merupakan cadangan kerajaan BN, sudah tentu 2 mantan anggota kabinet Sabah tersebut tidak terkejut berkaitan cadangan tersebut.

Terlihat sangat, bahawa dakwaan berkaitan PSS kononnya cadangan era BN, merupakan satu bentuk hujah politik bagi maksud meneggakkan benang basah, apabila Shafie mencadangkan agar Tan Sri Pairin menyaman beliau kerana membuat dakwaan tersebut.

No comments:

Blog Archive