Monday, January 20, 2020

PRK KIMANIS-PENGUNDI ATAS PAGAR SOKONG BN

BETUL apa kata Timbalan Presiden PKR-Datuk Azmin Ali, bahawa tiada perubahan sokongan terhadap calon Warisan yang disokong Pakatan Harapan, apa yang berlaku, adalah pengundi atas pagar pada PRK ini telah menyokong Barisan Nasional.

Pada PRK Kimanis, jika dilihat daripada jumlah undi yang diperolehi calon BN dan Warisan, perbezaannya ditentukan oleh mereka yang non-partisan.

Juga pada PRK Kimanis, penyokong tegar BN, PBS, PBRS, STAR dan parti pembangkang lain telah bersatu hati memangkah calon BN.

Calon Warisan-Datuk Karim Bujang telah kehilangan undi pengundi atas pagar, namun jumlah undi tersebut dilengkapi penyokong tegar Parti Bersatu (PPBM). Oleh kerana jumlah pengundi atas pagar lebih besar jumlahnya, maka menjadi penyebab Karim gagal merampas kerusi Parlimen Kimanis.

Pada PRU-15, mana-mana parti yang dapat menakluki pengundi atas pagar, maka akan menang, seperti mana pada PRK Kimanis.

Secara umumnya, pada PRU-14, keputusan PRU tersebut ditentukan oleh swing pengundi atas pagar.

Pengundi atas pagar sangat bergantung pada isu-isu semasa. Mereka tidak terikat dengan hala tuju atau cara kerajaan memerintah.

Sebagai bukti pada PRU-14, pengundi atas pagar secara umum mendasari pilihan mereka atas isu-isu semasa, bukannya berasaskan kepada pencapaian kerajaan semasa.

Hakikatnya trend politik Sabah telah berubah, jauh berbeza dengan senario sebelum ini. Pada PRU-14, telah membuktikan wujud kuasa ketiga dikalangan rakyat yang diterjemahkan sebagai pengundi atas pagar.

Juga pada PRK Kimanis, pengundi atas pagar, sangat dipengaruhi oleh cara kerajaan Warisan memerintah yang penuh dengan keegoan, sombong dan arrogant, serta mabuk kuasa. Tindakan kerajaan Warisan itu akan terus berbekas di hati mereka, dan memerlukan masa panjang untuk dipulihkan, dan akan beterusan sehingga PRU-15.

Pengundi kategori atas pagar ini, sudah tidak dapat menerima alasan-alasan kerajaan yang terus menyalahkan kerajaan lalu, sedangkan jika ditilik-tilik, khususnya di Sabah, kerajaan lalu pada hakikatnya telah berjaya membela rakyat, malah kemajuan dan pembangunan begitu pesat sekali, namun atas dasar hala tuju mereka yang tidak terikat dengan fakta, sebaliknya bergantung pada isu-isu semasa, seperti GST, pemansuhan PTPTN, pengwujudan jutaan peluang pekerjaan dan sebagainya menyebabkan mereka mengundi parti yang membawa isu-isu tersebut. Kini, mereka kecewa, sebab itu mereka menyokong BN pada PRK Kimanis.

No comments:

Blog Archive