Saturday, January 18, 2020

KERAJAAN SABAH ERA BN TIDAK TERNAK PTI

UNTUK rekod, sehingga tahun 2017 lebih 560 ribu PATI Sabah telah dihantar pulang ke negara asal.

Kerajaan Sabah pada era Berjaya dan PBS terpaksa melaksanakan dua pendekatan untuk mengenal pasti jumlah PATI di Sabah dengan mengeluarkan dokumen Burung-Burung dan Kad Banci.

Di era kerajaan BN yang bermula tahun 1994, tiada lagi pendekatan memberi dokumen kepada PATI, melainkan pendekatan MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR pulang PATI ke negara asal.

Kerajaan era BN yang ditunjangi UMNO telah menubuhkan RCI PATI Sabah. Dengan penubuhan itu membuktikan, bahawa Umno Sabah bukanlah penternak PATI atau kah ada PATI menjadi AHLI UMNO seperti tomahan bodoh Ismaily Bungsu, penyokong tegar Warisan, yang sentiasa mempunyai hujah merapuh.

Selepas keputusan RCI PATI Sabah diumumkan pada Disember, 2014, Kerajaan Negeri menerusi Majlis Keselamatan Negeri yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri (Tan Sri Musa Aman) telah membuat keputusan, bahawa kerajaan negeri meneruskan tindakan MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR PULANG PATI yang disertai tindakan TIADA HARI TANPA OPERASI (THTO), oleh majlis keselamatan negeri.

Melihat kepada tindakan Kerajaan Negeri tersebut, maka pihak Warisan menjelang PRU-14, telah mengeksplotasikan tindakan kerajaan itu, dengan MENJANJIKAN kepada rakyat Sabah khususnya di kawasan tumpuan PATI (ternyata semua kawasan tersebut dimenangi Parti Warisan pada PRU-14) bahawa jika Warisan dapat menubuhkan kerajaan negeri, maka isu PATI akan diselesaikan dalam tempoh 100 hari.

Mungkin kerana dikejar dengan janji tersebut, maka kerajaan Warisan terpaksa melegalkan PATI Sabah dengan memberi mereka dokumen Pas Sementara Sabah (PSS).

No comments:

Blog Archive