Sunday, January 26, 2020

20 BULAN-PENCAPAIAN KERAJAAN WARISAN

DALAM 20 bulan kerajaan Warisan memimpin Sabah, beberapa pencapaian kerajaan, terutama untuk menyahut slogan parti itu- SABAH UBAH DAN SABAH KITA PUNYA.

Antara pencapaian utama kerajaan Warisan adalah melanggar keputusan mahkamah berkaitan Perlantikan Pengarah Jabatan Air Sabah, proses MESEMPORNAKAN semua ketua Jabatan Kerajaan, selain melantik Setiausaha kerajaan negeri diluar kebiasaan pentadbiran dan peritah Am negeri Sabah.

Juga, oleh kerana kerajaan yang ditubuhkan menerusi pintu belakang, tiada visi dan matlamat pemerintah selain hentam keromoh, kerana sehingga kini tiada hala tuju yang jelas, maka terpaksa TUMPANG kejayaan Era Bn khususnya hasil pembangunan dan kemajuan dalam tempoh masa Ketua Menteri ke-14 Sabah (Tan Sri Musa Aman).

Apa yang melucukan, semasa Shafie sebagai Pembangkang, beliau dengan para pemimpin parti beliau mengecam pembinaan SICC (Sabah International Convention Centre) yang dibina oleh Yayasan Sabah di Telok Likas, Kota Kinabalu. Namun kini, Shafie mengakui bahawa pembinaan SICC adalah pemikiran kedepan kerajaan untuk mencorakkan perekonomian negeri.

Sebenarnya Pembangunan dan kemajuan Sabah sudah berada pada landasan yang betul pada era pemerintahan Era Tan Sri Musa, khususnya impak kepada HALATUJU yang dilancarkan pada tahun 2003. Kini, HALATUJU itu terbantut, atas sebab pemerintahan yang ada, tidak mahir dan kurang pengealaman meneruskan kandungan HALATUJU tersebut, dan sebagai bukti, apabila perekonomian Sabah menurun dengan drastiknya pada tahun 2018, kepada 1.5% daripada 8% pada tahun 2017.  Pertumbuhan sebesar 1.5% merupakan terburuk bagi Sabah.

Pada PRU-15 akan datang rakyat Sabah perlu mengubah kerajaan, untuk mengembalikan kemajuan negeri.

No comments:

Blog Archive