Saturday, January 25, 2020

PRK KIMANIS-RAKYAT TUNJUK JALAN KELUAR PADA WARISAN+UPKO

POLITIK SABAH memang unik.

Apabila rakyat mahukan perubahan, maka ada indikator.

Tahun 1984, rakyat Sabah memberi indikator kepada Parti Berjaya apabila pada PRK Tambunan, calon kerajaan kalah. Demikian juga pada PRK Usukan tahun 1991, calon kerajaan kalah.

Keunikan politik Sabah lagi, apabila pemimpin utama kerajaan yang memerintah menjadi pembangkang dengan menubuhkan partinya sendiri.

Tahun 1976, Usno kalah kerana pemimpin utamanya menubuhkan parti Berjaya.

Tahun 1985, parti Berjaya kalah kerana pemimpin utamanya menubuhkan PBS.

Tahun 1994, PBS kehilangan kuasa kerana pemimpin utamannya menubuhkan parti lain, demikian juga Umno Sabah kehilangan kuasa kerana pemimpin utamanya menubuhkan parti lain.

Kini, selepas rakyat Sabah merasakan pemerintahan Warisan dan UPKO, maka rakyat secara umumnya membuat kesimpulan dan manifestasi ditunjukkan menerusi PRK Kimanis.

Pada PRK Kimanis, pengundi parlimen kawasan itu merentasi suku kaum, telah menolak calon Warisan.

Pengundi Sabah secara umumnya, sebenarnya hanya mahu menolak Warisan dan UPKO, namun para pemimpin parti lain yang menyokongnya turut terpalit, khususnya berkaitan pelaksanaan PSS oleh kerajaan Warisan-UPKO.

No comments:

Blog Archive