Saturday, December 14, 2019

TUN DR MAHATHIR BERI BAYANGAN KEKAL PM LEBIH LAMA DARI JANGKAAN

Tun Dr Mahathir memberi bayangan akan kekal sebagai Perdana Menteri lebih lama daripada jangkaan.

Pada 10 Disember dalam temubual dengan Reuters, beliau membayangkan akan meletakkan jawatan selepas persidangan APEC yang berlangsung di Malaysia pada November, 2020, namun pada hari ini di Doha, Qatar, apabila ditanya berkaitan kenyataan awal beliau itu, sekali lagi beliau membangkitkan bahawa kekekangan beliau melepaskan jawatan adalah penyelesaian masalah-masalah negara. Beliau mahu melepaskan jawatan kepada pengganti beliau apabila isu-isu dalam negara selesai.

Sebelum ini, Perdana Menteri ke-7 itu beliau memerlukan sekurang-kurangnya 3 tahun untuk menyelesaikan masalah-masalah negara, ini bererti beliau akan kekal sehingga Mei,2021. Selain itu, beliau juga membayangkan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri sebelum PRU-15. Penggal ke-14 parlimen akan tamat pada Mei,2023.

Sebenarnya, rakyat secara umum, lebih berminat seorang Perdana Menteri diberikan masa sekurang-kurangnya sepenggal, bukannya berlaku pergantian di pertengahan penggal. Lagipun, tidak pernah berlaku di negara ini, jawatan Perdana Menteri kurang sepenggal, melainkan di atas sepenggal.

Sesiapa sahaja Perdana Menteri perlu merainya menerusi pilihanraya umum, bukannya hanya menyambutnya. 

Dalam isu pergantian Perdana Menteri, hanya para penyokong Dato Seri Anwar yang mahu pergantian dilaksanakan segera, manakala di pihak Azmin Ali menginginkan agar tidak berlaku pergantian Perdana Menteri untuk penggal ke-14 parlimen ini. Faktor-faktor ini, yang mendorong jangkaan jawatan PM-7 akan kekal selepas tahun 2020.

6 comments:

Anonymous said...

kahkahkahkahkahkahkah.....

bye-bye bang nun1!!...nun jauh di sana!!!kikikiki....

Anonymous said...

LEPAS NI BOLE TENGOK ACARA MACAI GULING JALANRAYA
MAKI HAMUN FITNAH BATU API ACARA WAJIB AKAN DIMULA
PENTAS GEREJA LGBT KUIL DAN CERAMAH AGAMA MULA KE UDARA
JANGAN LUPA POP CORN TAMBAH TEPUK KASI KUAT SEADANYA


MAHACAI SEKELIAN MACAI TURUN JALANRAYA KITA TEPUK SAMBIL MAKAN POP CORN TEPI JALANRAYA

FORMULATONTONWAYANGSEMBURIT = TEPUK DNG PADU DITEPI JALAN + POP CORN TAMBAH + BMF

Anonymous said...

Atok kata akan serah jawatan bila masalah kerajaan lama selesai...

Apa yg dia kata ni????
Dah nyanyuk ke??

Kerajaan lama tak bermasaalah sgt pun.
Yg bermasalah ialah dia dan pemimpin PH yg lain termasuk menteri2 dia yg cap ayam
Dia kena selesaikan masalah rakyat dan negara skrg ni akibat kebodohan mereka mentadbir negara selama 18 bulan ni dgn bubar parlimen....
Rakyat majoriti dah tolak PH skrg ni...
Tanyalah 10 orang, 8 orang akan kata PH terukkk...

Anonymous said...

Benarkah Haniff Katri peguam terkenal dan mashyur akan menjadi peguam Yusoff? Habis la kau Non, silap haribulan masuk semula ke sel asal?

Kerahlah para penyokong berguling2 dijalanan semasa APEC 2020 berlansung nanti!

Anonymous said...

Pada Otai Reformasi usah risau kes Anwar 3.0. Datuk Seri Anwar dibebaskan dari pertuduhan oleh Mahkamah Rayuan pada 9 Januari 2012, Tan Sri Tommy menulis “Why was Anwar Ibrahim acquitted?”

Dalam kedua-dua tulisan ini, Tan Sri Tommy menyebut:
(1) Kedua-dua pertuduhan liwat pertama Datuk Seri Anwar pada pada 1998 dan pertuduhan liwat kedua Datuk Seri Anwar pada 2008 adalah konspirasi politik.

(2) Polis tidak harus membazir masa memberi perhatian kepada perlakuan seks seorang pemimpin tua dengan kesakitan belakang dan leher seperti Datuk Seri Anwar.

(3) Dalam sistem undang-undang yang matang, perlakuan homoseks tidak lagi dijadikan kesalahan jenayah kerana masyarakat semasa tidak menganggapnya jenayah.

(4) Peguam Negara tidak wajib mendakwa setiap kesalahan jenayah mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 (1) Kanun Prosedur Jenayah.

(5) Negara perlu diingatkan dengan kualiti kepimpinan dan pentadbiran Datuk Seri Anwar seperti yang pernah diakui oleh Margaret Thatcher pada awal 1990-an.

Tan Sri Tommy juga menyebut pembebasan Datuk Seri Anwar pada 2012 disambut baik oleh seluruh rakyat kecuali musuh lama beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan penyokong Tun.

Berdasarkan semua perkara ini, tidak hairanlah jika banyak pihak yang merasa yakin bahawa kes terbaru membabitkan Datuk Seri Anwar ini tidak akan berakhir di mahkamah.

sandakan semburitan said...

Xnk berakhir d mhkmah

Nuar kene "dudok" diam2 dlm GUA

Hikhikhik

Blog Archive