Latest News

MENGAPA PATI JADI ANCAMAN KEPADA RAKYAT SABAH?

600,000 bukan jumlah yang sedikit. Mereka dibenarkan tinggal dalam selang masa 3 tahun, kemudian bersambung 3 tahun demikian lah seterusnya, dengan kata lain, Pas Sementera Sabah itu hanya satu dokumen membolehkan mereka kekal tinggal di Sabah.

Kononnya mereka ini adalah tenaga buruh? Mekanisme sebelum ini, jika mereka ini merupakan tenaga buruh, maka ada majikan. Tetapi menurut kenyataan Imigresion majikan hanya mendaftar tidak sampaipun 150,000 keperluan daripada kalangan mereka ini. Dengan demikian, maka 450,000 daripada mereka tiada pekerjaan.

Kerana tiada pekerjaan, apa yang mereka buat di negeri ini? 

Oleh kerana mereka "macam" penduduk tetap, maka akan berkahwin, beranak pinak. Apa kah status generasi mereka? Jika menurut Jabatan Pendaftaran, jika perkahwinan secara rasmi, anak-anak mereka bakal dijadikan warganegara, jika memenuhi syarat.

Mereka ini, manusia biasa. Perlu penjagaan kesihatan, perlu pendidikan. Apa kah anak-anak mereka ini dapat menikmati apa yang dinikmati rakyat?

Alasan kononnya PSS kerana faktor data canggih termasuk data biometrik. Bukan kah pas kerja juga ada dilengkapi data seperti itu.

Keputusan RM120 seorang untuk 3 tahun bagi 600,000 hanya mengutip RM216,000,000.00 sedangkan jika berasaskan prosedur yang sedang berkuatkuasa, setiap pekerja asing dikenakan RM1,200/seorang/tahun. Ertinya untuk 600,000 setahun sebanyak RM720,000,000.00 dan untuk 3 tahun RM2,160,000,000.00 (RM2.16bilion). Makna kata menerusi PSS kerajaan kehilangan kutipan RM2,160,000,000.00-RM216,000,000.00 =RM1,944,000,000.00 (RM1.944bilion).

Menerusi pelaksanaan PSS selain merugikan kerajaan daripada segi kutipan hasil, merugikan rakyat kerana terpaksa berkongsi menerusi perkhidmatan kesihatan, pendidikan, malah mereka ini juga menikmati subsidi yang diberikan oleh kerajaan menerusi barangan keperluan harian termasuk subsidi petrol.

Hujah di atas berkaitan material. Bagai mana pula daripada segi sosial? Kerana keterhadan keperluan tenaga kerja, maka lebih 450,000 menyumbang kepada pengangguran. Apa yang mereka lakukan untuk menyara hidup? tak kan makan batu!!!. Dari segi ini lah mereka ini mengancam rakyat Sabah, kerana mereka akan menjadi penjenayah, seperti merompak, penjual syabu, penjual rokok seludup dan sebagainya.

Perkara terselubung disebalik kehadiran mereka ini, adalah akan berlaku ledakan penduduk Sabah, dan ledakan itu akan mengubah demografi Sabah.

Sabah sejak tahun 1963, telah mengalami ledakan penduduk tertinggi di dunia, jauh lebih tinggi berbanding negara-negara Afrika.

Hakikat perlu diterima, kerana transmigarsi, Sabah kini telah mempunyai ramai wakil rakyat, para pegawai kerajaan daripada generasi mereka ini. Selain itu, kuasa transmigrasi ini juga telah mengubah persempadanan pilihanraya negeri. Akibat perubahan transmigrasi dan disususli perubahan persempadan, telah menguntungkan parti dan pemimpin yang mesra perubahan ini.

Jika daripada sekarang, usaha menghalalkan rakyat asing di Sabah tidak dibendung, 10-20 tahun akan datang, rakyat asal Sabah hanya berpijak di tanah air milik orang lain. Fikir-Fikirkan

1 Response to "MENGAPA PATI JADI ANCAMAN KEPADA RAKYAT SABAH?"

EVA FIORENTINA APRILA said...

Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya 1 allah suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

Blog Archive