Friday, December 13, 2019

PRK KIMANIS-JANGAN TERBABAS KERANA POLITIK SEMPIT

ANGGAPAN Ketua Penerangan PPBM Sabah, bahawa Parti Warisan masih curiga terhadap PPBM(Bersatu) atas sebab kemasukkan parti itu ke Sabah, Tan Sri Musa Aman dikatakan sebagai dalangnya. 

Anggapan itu mengambarkan bahawa kempimpinan PPBM dipengaruhi Musa, sedangkan tiada sebarang rekod menunjukkan, bahawa Musa terlibat. Lagipun sejak Bersatu dilancarkan di Sabah pada 6 April, tidak terdengar sebarang komen daripada mana-mana pemimpin Warisan, bahawa kemasukkan PPBM ke Sabah ada hubungkait dengan ADUN Sungai Sibuga tersebut. 

Mungkin Ketua Penerangan PPBM Sabah itu lupa, bahawa pada 12-12-2018, secara enblok para wakil rakyat Sabah termasuk 2 senator dan 22 Ketua Bahagian Umno (termasuk beliau sendiri) keluar daripada UMNO untuk menjadi ahli politik bebas. 

Mungkin Ketua Penerangan itu juga terlepas pandang, bahawa sebelum adanya ura-ura para wakil rakyat Umno dan Ketua-ketua bahagian Umno bercadang menyertai PPBM, ada kumpulan yang lebih awal melobi, agar PPBM mengembangkan sayapnya ke Sabah. Memandangkan kepimpinan Bersatu lebih cenderung kepada mereka yang berstatus wakil rakyat, maka kumpulan terawal yang melobi itu kurang ditonjolkan, sebaliknya, apabila mantan-mantan pemimpin Umno khususnya para wakil rakyat menyuarakan hasrat menyertai parti itu, maka ianya lebih menonjol. 

Memang betul, para mantan wakil rakyat Umno dan separuh daripada ketua-ketua bahagian, mengadakan perjumpaan dengan Musa sebagai mantan Ketua Perhubungan Umno Sabah pada 27 November,2018, yang mana dalam perjumpaaan tersebut, Musa menyokong penuh sebarang tindakan politik Datuk Hajiji Haji Noor sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Sabah. 

Hajiji yang juga ADUN Sulaman sebagai Pengerusi Perhubungan Umno yang menggantikan Musa, telah membuat keputusan kemudiannya dan keputusan itu disokong oleh sebahagian besar exco Perhubungan Umno Sabah untuk keluar daripada Umno secara enblok, kecuali timbalan beliau-Datuk Moktar Radin yang kemudiannya menggantikan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Sabah. 

Anggapan Ketua Penerangan PPBM Sabah tersebut, sebenarnya semacam memperelekeh kempimpinan Bersatu itu sendiri, yang diketuai Hajiji, seolah-olah tidak mampu membuat keputusan sendiri sebaliknya masih dalam “remote control” sedangkan faktanya, mantan Pengerusi Umno Sabah pun yang juga mantan ketua Menteri Sabah, menyokong penuh sebarang tindakan Hajiji tanpa berbelah bahagi untuk langkah seterusnya dalam arena politik khususnya sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Sabah. 

Apabila Hajiji membuat keputusan keluar daripada Umno pada 12/12/2018, Musa masih sebagai ADUN BN/Umno tunggal dalam Dewan Undangan Negeri. Dengan fakta demikian, anggapan ketua penerangan tersebut dengar sendirinya menjadi auta atau tidak mewakili pandangan PPBM Sabah, sebaliknya hanya pandangan peribadi. 

Hajiji dengan jelas semasa pelancaran PPBM (Bersatu Sabah) pada 6 April, menyatakan kerana atas faktor dan sifat parti itu yang inklusif terhadap peribumi yang bersifat nasional, adalah pendorong utama beliau dan barisan pemimpin yang bersama beliau menyertai parti itu. 

Bersatu adalah flatform rakyat Sabah yang percaya dan menerima keinkusifan peribumi yang bersifat nasional, maka sifat itu lah yang membezakan antara parti-parti yang sedang beroperasi di Sabah. 

Hakikat yang terlupakan oleh Ketua Penerangan Bersatu Sabah itu, bahawa penentangan kepimpinan Parti Warisan Sabah terhadap Bersatu, bukannya seperti mana yang dianggap oleh beliau yang membabitkan nama Musa, sebaliknya berasaskan persetujuan lisan antara Shafie dan Tun Dr Mahathir sebelum PRU-14, bahawa Bersatu tidak akan mengembangkan sayap ke Sabah, dengan pengertian, bahawa Sabah diperintah oleh Warisan, manakala di peringkat Persekutuan diperintah PH, jika kolabrasi itu dapat menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional. 

Makna kepada persetujuan antara Shafie dan Tun Dr Mahathir, Warisan perlu memperkuat penguasaan di peringkat DUN, manakala PH memperkuat di peringkat Parlimen. Jika mengambilkira persefahaman itu, maka adalah asas kepada cadangan Setiausaha Bersatu Sabah-Datuk Dr Ronald Kiandee mengemukakan hasrat agar Bersatu diberi peluang bertanding pada PRK Kimanis. 

Pada PRK Kimanis, dikatakan sebagai flatform bagi Bersatu menunjukkan sokongan kepada Warisan dan ketua Menteri, sebenarnya tidak timbul, kerana Bersatu yang merupakan komponen PH, mempunyai misi bahawa mana-mana kerusi parlimen yang ditandangi perlu dimenangkan,kerana ianya berimpak nasional, khususnya kerajaan Persekutuan.

Adalah jelas, di Sabah, daripada segi keahlian, Bersatu mengekor rapat Warisan Sabah  walaupun parti pemimpinan Shafie itu merupakan parti berbilang kaum.  Fakta demikian, menunjukkan bahawa rakyat Sabah yang menerima keinklusifan peribumi peringkat nasional diterima baik. 

Tidak timbul isu, bahawa pada PRK Kimanis bahawa PPBM akan melakukan sabotaj, kerana jika itu berlaku maka mengenepikan misi parti itu yang bersifat nasional, yang memberi keutamaan kepada kerusi-kerusi Parlimen, untuk menjamin sokongan kepada Kerajaan Persekutuan.

Hakikatnya, PRK Kimanis tiada impak kepada kerajaan Negeri, kerana kerusi yang dipertandingkan adalah kerusi parlimen, kecuali lah kerajaan yang diterajui Warisan mempunyai hasrat tersirat di masa hadapan, khsusunya pada PRU-15. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive