Tuesday, December 03, 2019

PRK KIMANIS- APA KAH PENANDA ARAS HALATUJU PENGUNDI SABAH?

LATAR BELAKANG politik Sabah membuktikan bahawa halatuju rakyat selepas sesebuah parti atau kerajaan baharu mengambil alih, maka akan menyokong parti atau kerajaan itu sekurang-kurangnya 2 penggal, kecuali semasa BN mengambil alih pada tahun 1994, kerana impak kepada penggiliran Ketua Menteri Sabah, selain tiada isu mendesak yang di bawa parti pembangkang masa itu. Sebagai tambahan pada masa itu, keupayaan kerajaan negeri meningkatkan pendapatan negeri, pembangunan yang rancak khususnya setelah Datuk Musa Aman (kini Tan Sri) dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada Mac 2003.

Akan tetapi, walaupun latar belakang politik Sabah demikian, senario politik semasa berlainan, persepsi rakyat berlainan, kerana maklumat yang rakyat perolehi berkaitan pencapaian dan kebolehan kerajaan mudah diperolehi, kerana aliran maklumat tiada batas, akibat adanya media alternatif.

Kerajaan Sabah yang diterajui Warisan dan disokong Pakatan Harapan dan UPKO, sejak mengambil alih kerajaan berdepan dengan berbagai isu yang mencurigakan rakyat Sabah secara umum, khususnya tindakan mesra atau pro Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), selain isu-isu tanah yang melibatkan rakyat baharu.

Tidak pernah berlaku pada kerajaan-kerajaan lalu, berlakunya berpuluh kebakaran di kawasan setinggan warga asing, dan selepas kabakaran itu, agensi kerajaan khususnya Jabatan Pendaftaran sibuk membantu mangsa kebakaran. Apa yang peliknya, setiap kejadian kebakaran, hanya dokumen-dokumen pengenalan diri yang turut terbakar.

Juga pada PRK Kimanis, isu pembinaan Empangan Papar akan menjadi isu kepada pengundi, kerana setidaknya pengundi Parlimen Papar yang bersebelahan dengan Kimanis akan saling kait mengait.

Apa yang pasti, suka atau tidak, pada PRK Kimanis,isu yang hangat adalah isu pemberian Pas Sementara Sabah (PSS) kepada PATI. Setiap rakyat asal negeri ini, sudah pasti tidak akan mudah menerima keputusan kerajaan menghalalkan PATI, kerana rakyat Sabah secara umumnya sudah merasakan bagaimana impaknya kehadiran PATI, bukan sahaja menyumbang kepada isu moral, jenayah khususnya pengedaran dadah, pembunuhan,termasuk rompakan.

Hakikat perlu diterima semua pihak, bahawa politik Sabah masih bersandar kepada isu-isu setempat, khususnya calon-calon yang bakal bertanding nanti.

Pada PRK kali ini, secara umumnya, apa yang dilihat ke arah mana pengundi bumiputera, apa kah memilih parti tempatan? atau kah parti nasional. Walaupun nanti, Parti warisan yang bertanding, dan disokong PH, akan tetapi rakyat Sabah masih menganggap, ianya parti tempatan.

Terlalu awal untuk meramal keputusan PRK ini, kerana faktor-faktor isu semasa yang melanda Sabah.

3 comments:

Anonymous said...

Sesama sendiri dah bertekak..!! PKR Sabah dah tentu sabotaj sesama sendiri dan sesama rakan PH...

Insyallah majority 5K di Kemanis untuk BN.... ayuh klu kena isu semasa BN bole menang majority spt di Tg Piai...

Tg Piai aku target majority 10K rupe rupenya 15K di Kimanis majority BN insyallah lebih 5K.... majority Cina yg swing pada BN, Melayu dah mula berubah dan faktor sabotaj sesama kawan dalam PH .... tungguuuu..!!

Isu MP makan gaji buta (ada 50K dan 80K sebulan )dan klaim elaun sebagai MP tak tahan sejuk, keletihan pembangkang suka buat kecoh dah cukup untuk menang majority lebih dari 5K...

Blom lagi skandal rasuah Menteri Pertanian 1.4 billion... awwwwuuuww bole kau tim majority 5K

pakresky said...

ASS..WR.WB.SAYA pak resky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL

Anonymous said...

Makin Parah...Makin kalut... tak apa kami menawarkan formula ajaib ... baca hingga abis...!!

Satu majlis makan malam meraikan para penyokong yang memihak kepada Azmin juga akan turut diadakan pada 7 Disember, jam 8.00 malam di Saloma Bistro yang terletak berhadapan hotel Renaissance KL,

Satu lagi event parti PKR akan berlangsungnya Kongres PKR oleh Anwar Ibrahim di Melaka tarikh yang sama.

Beberapa orang ahli PKR, termasuk juga ahli parti komponen PH telah mula menerima jemputan melalui aplikasi Whatsapp untuk menghadiri majlis makan malam tersebut.
Difahamkan, mereka yang bertanggungjawab menyelaras jamuan makan malam di Saloma itu ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua dengan dibantu aktivis jalanan yang tidak asing lagi, Hishammuddin Rais.

Kedua-dua mereka dikatakan diberi tanggungjawab untuk memastikan majlis jamuan itu berjaya dan untuk memberi gambaran Azmin mempunyai sokongan yang lebih besar berbanding Anwar Ibrahim.

kalau mahacai kalut kami ada formula hilang kalut malut tuan puan mahacai sekelian ... ingat dan hafal formula ini..



formulahilangkalut = BMF + Pop Corn Tambah + Tepuk Kuat Padu



kikikiki..majority Kimanis 7K anytime..!! kikikikiki..!!

Blog Archive