Tuesday, December 03, 2019

PRK KIMANIS- APA KAH BAKAL PENANDA ARAS POLITIK SABAH?

HANYA disebabkan perbezaan undi sebanyak156, maka terpaksa diadakan PRK bagi P176 Kimanis, kerana mahkamah pilihanraya mendapati adanya pertambahan kertas undi semasa PRU-14 lalu.

Kerana kecuaian pihak SPR, maka kemenangan Datuk Seri Anifah Aman terpaksa dibatalkan, dan seterusnya membuka laluan pilihanraya kecil (PRK).

Hanya pihak mahkamah yang tahu, peti undi mana berlakunya pertambahan kertas undi, kerana kalau dilihat daripada jumlah pengundi yang membuang undi hanya berjumlah 25,413 daripada 29,618 pengundi berdaftar, ertinya secara kasar, tiada pertambahan undi.

Kemungkinan yang berlaku bandel undi dipindahkan daripada PDM ke PDM, mungkin ini lah yang dimaksudkan oleh mahkamah piihanraya adanya pertambahan undi.

Bagi pendapat umum, pertambahan undi adalah apabila jumlah sebenar melebihi jumlah pengundi berdaftar. Bagi kes P176 Kimanis, jika membandingkan antara mengundi dan daftar pengundi, ternyata sermai 4,205 pengundi tidak menunaikan tanggungjawab.

Pada PRU-14, Datuk Anifah Aman mendapat undi 11,942, Datuk Karim Bujang 11,786 dan Jaafar Ismail 1300 serta undi rosak 385.

Walau apapun argumentasi, PRK Kimanis perlu diadakan, kerana mahkamah memutuskan kawasan itu kosong.

Untuk sementara belum diketahui apa kah Datuk Seri Anifah Aman akan bertanding pada PRK itu, manakala Parti Warisan Sabah akan mengumumkan calon parti itu apabila SPR memutuskan tarikh PRK tersebut.

Parti yang dijangka bertanding adalah UMNO, dan mungkin parti-parti kecil dan bebas. Tetapi yang pasti STAR, PBS akan memberi laluan kepada calon UMNO.

Parlimen Kimanis sebelum PRU-14 adalah wilayah Umno, termasuk kemenangan Anifah sebagai calon parti itu. Namun ahli parlimen itu telah mengistiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas selepas PRU-14.

Parlimen Kimanis mempunyai komposisi pengundi 66.54% bumiputera islam (19,708); 29.93% bumiputera bukan islam (8,865); 3.19% cina (945) dan lain-lain 0.34% (100).

Pada PRK Kimanis, apa yang pasti antara parti Warisan Sabah, PH dan UPKO akan berganding bahu untuk memenangkan calon Parti Warisan Sabah; tetapi tidak semestinya berlaku antara pengundi atau pemimpin, yang mana keadaan itu sangat bergantung kepada siapa calon baik daripada Warisan atau UMNO.

Ramai pemerhati, melihat bahawa PRK Kimanis bukan lah penanda aras politik Sabah, walaupun Parti Warisan Sabah berhasrat memenangi kawasan itu, untuk menunjukkan bahawa rakyat Sabah memilih diwakili parti tempatan di peringkat parlimen.

Menerusi hasrat tersebut, secara tidak langsung parti pimpinan Datuk Shafie Apdal tersebut, mahu mengenepikan parti bukan tempatan, dan kebetulan adalah parti-parti dalam Pakatan Harapan, iaitu PPBM, PKR, DAP dan Amanah.

Jika calon parti Warisan Sabah menang dengan majoriti besar, ianya bakal dijadikan sebagai penanda aras, bahawa parti itu akan bertanding secara solo pada PRU-15.

Antara Parti Warisan UPKO dan PH hanya kerjasama longgar, iaitu untuk melengkapkan jumlah kerusi untuk memerintah, bukannya satu ikatan seperti dalam PH dan BN, tetapi menyerupi Muafakat Nasional atau Gabungan Bersatu Sabah (GBS).

Pada PRK Kimanis, akan sekali lagi, bakal dibuktikan bahawa senario poitik antara Semenanjung dan Sabah berbeza. Trend PRK Tg Piai tidak akan berlaku pada PRK ini. Sama-sama kita tunggu keputusannya!!!., kecuali lah Datuk Seri Anifah Aman akan bertanding semula. Kerana faktor simpati akan menjadi batu penghalang kepada kemenangan calon Parti Warisan.

1 comment:

pakresky said...

ASS..WR.WB.SAYA pak resky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL

Blog Archive