Tuesday, December 17, 2019

PM-8 MASIH SIMPANG SIUR

MELIHAT senario isu-isu semasa, Malaysia tidak akan mendapat PM-8 setidak-tidaknya untuk penggal ke-14 parlimen.

Isu terbaharu yang dihadapi "bakal" PM-8 tidak boleh diambil mudah, dan isu lah yang menjadi penghalang kepada Dato Seri Anwar Ibrahim.

Apabila munculnya dakwaan terbaru terhadap Anwar, Perdana Menteri berada di luar negara. Makna kata, mustahil untuk sesiapa cuba mengaitkan apa-apa yang berlaku di dalam negara kepada Mahathir.

Apa yang menghairankan, apabila dakwaan itu timbul tiada pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) yang bersuara hatta peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang pernah mewakili Mahathir dalam beberapa kes sebelum ini, memilih untuk mewakili bekas penyelidik Anwar, Muhammed Yusoff Rawther yang mendakwa menjadi mangsa perlakuan tidak senonoh Anwar.

Kebetulan juga, setiap kali Mahathir berada di luar negara, wartawan asing akan mengasak beliau mengenai soal peralihan kuasa.

Bilakah Mahathir akan berundur? Apakah betul beliau akan menyerahkan kuasanya kepada Anwar?

Seringkali jawapan Mahathir agak sama, iaitu menjawab dengan samar bila beliau akan mengundurkan diri, tetapi kekal dengan pendirian baton itu akan diserahkan kepada Anwar.

Mahathir juga menjawab dengan konsisten beliau akan berundur selepas menyelesaikan masalah besar negara? 

Namun pada 14 Disember lalu di Doha, 2 hari selepas Anwar disoal siasat polis berhubung dakwaan salah laku seks membabitkan bekas pegawai penyelidiknya, Mahathir memberikan jawapan sedikit berbeza ketika ditanya soal peralihan kuasa.

Pertama, Mahathir berkata, beliau akan merasmikan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)yang dijadualkan berlangsung di Malaysia pada November 2020.

Beliau juga memberi bayangan akan kekal mentadbir negara selepas 2020 dengan mengulangi beliau hanya akan berundur selepas menyelesaikan masalah besar negara.

Ini jelas bercanggah kehendak penyokong Anwar yang mahu beliau berundur pada ulang tahun ke-2 kemenangan PH pada Mei 2020.

Kedua, beliau tidak lagi menyebut nama Anwar dan sebaliknya berkata beliau tidak dapat menjamin siapakah yang akan menggantikannya sebagai perdana menteri.

“Saya pernah berikrar akan mengundurkan diri sebaik saja menyelesaikan masalah-masalah besar yang ditinggalkan kerajaan sebelumnya. Saya berikrar akan mengundurkan diri jika seorang calon kepimpinan sudahpun dinamakan PH,” katanya.

Senyap sunyi di dalam PH kali ini apabila Mahathir bersuara sedemikian rupa di Doha.

Menariknya, Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng menyeru ahli parti itu tidak lagi mempersoalkan pelan peralihan kuasa ketika merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang Ahad lalu.

Apakah skandal seks untuk sementara waktu PM-8 tidak pasti?

Jika ya, maka ianya sesuatu yang betul, untuk membolehkan kerajaan benar-benar fokus mentadbir kerajaan sehingga parlimen dibubarkan berbanding berlakunya pergantian Perdana Menteri di pertengahan jalan.

2 comments:

Anonymous said...

Tiada Sekor pun sokong dan Gumbira Tun mahu terus menjadi PM?
Sehingga ini belum ada mana-mana pemimpin utama PH tampil bersuara menzahirkan sokongan terhadap pengumuman Tun Mahathir Mohamad mahu melewatkan lagi tarikh peralihan kuasa sehingga selesai Sidang APEC pada November 2020.

Baik daripada kalangan PKR, DAP dan Amanah, semuanya masih senyap seribu bahasa.

Lebih daripada itu, pemimpin pemimpin daripada Bersatu sendiri, di mana Tun Mahathir adalah pengerusi parti itu juga tidak ada yang tampil menyokong pengumuman tersebut.

Kebiasaannya, sebarang perkara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, lebih lebih lagi berkaitan perlanjutan jawatan, mudah saja mendapat sokongan, terutama daripada golongan pengampu, pembodek dan penjilatnya

2020 AKHIRNYA MENJELANG TIBA
WAWASAN 2020 HARAMJADAH SEMUA
KEPALA PEROMPAK MASIH DI TAHTA
22 TAHUN GEBANG BODOH DIJAJANYA

Fitnah Antuntya direcycle semula..!!

Setiap pendakwaan nampaknya pasukan pembelaan Najib punyai hujahan yang sangat kukuh, padat, berfakta berserta dengan dokumen2nya sekali. Malah dikatakan ada dokumen surat2 asli yang disimpan rapi oleh PM7..!!??

Hujahan2 Najib yang secara sepontan dan prompted juga nampaknya sangat kukuh, berfakta, jitu, fakta nombor2 yang padat dan amat mengujakan seningga dikatakan orang itu LELAH sehingga meminta tempoh berkabung?

Tapi rasanya dah boleh agak nasib Najib selepas ini sebab dikatakan pasukannya hanya diberikan 11 hari sahaja?

Sudah tahu jawapanya..!!

ASAL JADI PM KE 2 KALI PASTI GADUH
CIPTA FITNAH JIJIK DAN MEMBATU API
BERIBU U TURN GEBANG BOHONG BODOH
RAKYAT DIKENCING YG KAYA ANAK & KRONI

Peguam yang mewakili Anwar Ibrahim Zulkifli Nordin menarik diri dari kes Altantunya..!

Akhirnya Zulkifli menarik diri Anwar mendesak dan menyuruh fitnah Najib dan Rosmah terlibat kes bunuh Altantuya...!!?? Zulkifli tak sanggup menanggung dosa fitnah ini.. !!
Kali ini angkara siapa fitnah ini direcycle kembali..!?

INI BAHANA KARMA SI PEROMPAK KAWAN SI PENIPU
FITNAH SI PENIPU VS FITNAH SI PEROMPAK SAPA PLING HEBAT
MASING2 NAK TUNJUK FITNAH SAPA PALING PADUU..!!
MACAI BODOH BANGANG TADAH KENCING SI LAHANAT

FormulaSimpangSiurPMke8 = Pop Corn Tambah + Tepuk Sampai Rebah

Pak yop said...

asal keluar negara ja ada kes..asal kluar negara ja ada kes..
macam raja tisue..tkmo jawab sukan sea..oprate..sakit..tk boleh jawab wartawan...

Blog Archive