Tuesday, December 17, 2019

PSS CADANGAN RCI PATI SABAH-SATU PEMBOHONGAN AZIZ JAMMAN

RCI PATI SABAH yang diumumkan keputusannya pada Disember,2014 TIDAK menyebutpun BERKAITAN pemberian PAS SEMENTARA SABAH (PSS). 

Apabila keputusan itu dibuat, respon pertama Kerajaan Negeri adalah MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR PULANG ke negara asal, kemudian disusuli TIADA HARI TANPA OPERASI (THTO) oleh MAJLIS KESELAMATAN NEGERI (MKN).

Pengumuman pengeluaran PSS Sabah sebenarnya satu KEJUTAN kepada semua pihak, khususnya rakyat asal Sabah, kerana ianya sesuatu yang baharu.

Berbagai pihak di Sabah termasuk parti-parti politik terpaksa mencadangkan penarikan balik semua KAD PENGENALAN yang dikeluarkan untuk penduduk Sabah, dan menggantikan dengan KAD BAHARU (mungkin dinamakan KAD PENGENALAN SABAH), sebagai kaedah untuk mengetahui jumlah penduduk yang merupakan rakyat Sabah/Malaysia, bukannya cadangan pemberian PSS kepada 600,000 PATI.

Menurut data kerajaan PATI yang mempunyai 3 dokumen IMM13, Kad Burung-Burung dan Kad Banci seramai 136 ribu orang, manakala selebihnya adalah keluarga mereka yang TIDAK berdokumen.

Kerajaan Warisan Sabah seharusnya TIDAK membebankan Kerajaan termasuk juga rakyat dengan bertindak mesra PATI, kerana ianya mempunyai bukan sahaja jangka pendek akan tetapi jangka panjang daripada segi sosial dan demografi Sabah.

Kerajaan perlu menghantar pulang seluruh PATI ke nagara asal, dan jika mereka itu ingin kembali dan bekerja di Sabah, maka datang lah dengan dokumen yang sah dan tertakluk kepada peraturan tenga kerja buruh asing, yang perlu membayar levi.

Aziz Jamman sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, patut mengambil maklum, bahawa dalam RCI PATI telah dikenal pasti hampir 190 koloni PATI di Sabah, dan koloni-koloni menempati tanah-tanah kerajaan yang diceroboh dan didirikan rumah-rumah setinggan.

Ada lah satu tanda tanya besar, mengapa Kerajaan Warisan sanggup mengenepikan kutipan hasil RM1.944bilion setiap 3 tahun bagi PATI? di tambah pada masa yang sama, mereka ini menggunakan perkhidmatan yang diberikan kerajaan kepada rakyat. Apa istimewanya mereka ini? Apa kah ada muslihat di sebaliknya? Apabila berkaitan dengan manusia, sudah tentu berkaitan dengan undi, kerana demikiannya lumrahnya dalam sistem demokrasi.

Sabah telah mengalami ledakan penduduk luar biasa, jika dilihat pertambahan penduduk daripada tahun 1963, yang mana penduduk Sabah masa itu kurang sedikit daripada 500,000. Dalam tempoh 56 tahun rakyat Sabah telah berjumlah 2.7juta, iaitu purta pertambahan 7.9% setahun. Pertambahan tersebut tidak didapati di mana-mana di dunia.

Menerusi pemberian PSS, akan membuka ruangan yang mengerunkan kepada para PATI baharu datang ke Sabah, kerana tiada sesiapa yang boleh menjamin, TIADA lagi PATI baharu!!!!

No comments:

Blog Archive