Tuesday, December 10, 2019

APA KAH PERALIHAN KUASA BERLAKU?

APA yang pasti peralihan kuasa akan berlaku, cepat atau lambat. Persoalannya apa kah peralihan kuasa daripada Tun Dr Mahathir kepada Dato Seri Anwar akan berlaku? 

Politik Malaysia, mudah diteka, kerana tanda-tanda mengenainya ternampak di berbagai sudut. 

Walaupun ada perjanjian PH selepas Tun Dr Mahathir maka Dato Seri Anwar, jika pakatan itu dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan. Perjanjian itu sebelum menjadi kerajaan. Seperti kata Tun, Manifesto bukan lah kitab cuci. Penulis menterjemahkan maksud kenyataan itu bahawa perjanjian itu bukan kandungan kitab. 

Tanda-tanda politik bahawa tidak akan berlakunya peralihan kuasa daripada Tun kepada Anwar, apabila pertembungan antara Anwar dan Azmin dalam parti sendiri sudah sampai ke puncak, yang mana perseteruan itu boleh menjadikan parti mereka berpecah dua. 

Azmin nampaknya sudah membakar jambatan, apabila berhujah, dua anak Ibrahim sudah dilawan. Makna hujah itu, anak Ibrahim berikutnya adalah Anwar. 

Dalam senario sekarang, tidak timbul apa kah Tun mempunyai sokongan daripada para MP, kerana beliau telah pun membuktikan beliau mempunyai sokongan itu. Yang menjadi persoalan, apa kah juga Anwar mendapat sokongan serupa jika Tun bercadang menyerahkan kuasa? Isu ini lah yang berlegar-legar, mengapa peralihan kuasa tidak boleh berlaku. 

Melihat senario politik semasa, jika Tun meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Anwar, silap haribulan, kerajaan PH akan tumbang, dan akan ada kerajaan baharu ditubuhkan, jika mengelak pembubaran parlimen untuk PRU-15 mengejut. 

Situasi demikian lah yang sedang dielakkan. Sebab itu, Naib Presiden PKR Tian Chua memberi isyarat, jangan taksub sangat untuk Anwar jadi Perdana Menteri, kerana ketaksuban itu, boleh menyebabkan PH kehilangan kerajaan. 

Tun Dr Mahathir macam kata orang sentiasa tenang di posisi, dan sempat meluangkan masa menonton filem animasi Ejen Ali The Movie malam tadi di Pawagam Golden Screen Cinema (GSC) Pavilion, Kuala Lumpur, menggambarkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri tidak tergoyahkan sehingga tamat penggal. 

Suka atau tidak, jawatan Perdana Menteri ke-8 tidak akan berlaku menerusi penyerahan kuasa, melainkan jawatan itu perlu diraih sendiri pada PRU-15. 

Bagi penulis, jawatan PM-8 sangat terbuka luas, dan tidak pasti siapa kah pemimpin yang bernasib itu. Jawatan itu masih tanda tanya besar, dan terletak pada ketentuan Tuhan.

5 comments:

Anonymous said...

POP CORN TAMBAH LAGI PERLU DI ORDER SEGERA
WAYANG SEMBURIT SUDAH SAMPAI KEMUNCAK NYA
TEPUK KASI KUAT PADU JAMGAN SEKALI KITA LUPA
LEMBU MAHACAI SEKLIAN SIAP SEDIA ACARA GULING JALANRAYA


KIKIKIKIUI KUI KUI..!!

FORMULABELALEMBU = BMF + POP CORN TAMBAH + TEPUK DAN GULING JLNRAYA

Anonymous said...

Kepada Wan Ajijah kalau hang tak nak tgk hubby hang merengkok dlm penjara 10 tahun... hang sekarang berjawatan TPM Orang No 2 dlm kerajaan Malaysia...!! Hang kena laku kan sesuatu untuk menghalang Tun dari bermaharaja lela.

Kalau hang nak tgk Bang Non jadi PM ke 8 hang kena lakukan sesuatu sebagai TPM Malaysia

Hang boleh pengaruhi PDRM, SPRM, AG dan KDN..

Hang ada jawatan dalam kerajaan orang No 2 di Malaysia... nak selamatkan laki hang sebagai TPM kena gerakkan langkah hang dari sekarang sebelum terlambat.. !!!!!

Kalau hang tak bertindak dari sekarang dengan jawatan TPM hang pun lingkup....!!!

Act Now TPM Malaysia TPM Jijah...!!!

pakresky said...

Assalamualaikum wr.wb,saya pak arianto pekerjaan saya sehari-harinya cuma seorang TKI pembantu di negara tentangga yaitu di malaysia yang pendapatannya tidak seberapa dan suami saya cuma kerja di kelapa sawit,buat biaya anak sekolah aja tidak cukup di kampung apalagi untuk mencukupi kebutuhan hidup keluarga sehari-harinya dan suatu malam saya buka internet dan tidak sengaja saya temukan number HP EYANG WORO MANGGOLO langsung saya telpon beliau dan menceritakan semua keluahan saya dan akhirya di kasih ANGKA GHAIB 6D benar-benar tembus dengan adanya EYANG semua hutang-hutang saya di kampung sudah lunas semua ,bahkan sekarang saya sudah buka usaha WARUNG MAKAN di malaysia!!! sekali lagi saya mengucapkan banyak terimah kasih kepada EYANG WORO MANGGOLO atas bantuan AKI kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan EYANG WORO MANGGOLO pula yang telah memberikan angka ghaib hasil ritual,beliau kepada saya yaitu 6D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut-turut tembus .
Solusi yang tepat jangan anda putus aza karna EYANG akan membantu anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB apa bila anda butuh angka togel 2D-3D-4D-5D-6D, dijamin 100% jebol.
Apabila ada waktu silahkan/SMS EYANG WORO MANGGOLO di number 082-391-772-208 .
DAN BELIAU JUGA BISA MENBANTU ANDA TUK PUTARAN YANG ADA DI BAWA.

angka;GHOIB: singapur
angka;GHOIB: hongkong
angka;GHOIB; malaysia
angka;GHOIB; toto magnum 4d
angka"GHOIB; laos…
angka"GHOIB; macau
angka"GHOIB; sidney
angka"GHOIB: vietnam
angka"GHOIB: korea
angka"GHOIB: kudalari

sekali lagi makasih yaa KI waktu itu saya cuma bermodal uang cuma 300 ribu dan akhirnya saya menang banyak dan berkat angka gaib hasil ritual KI saya sudah buka usaha Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yang ingin seperti saya silahkan HUB/SMS EYANG WORO MANGGOLO di number 082-391-772-208 insya allah beliau akan menbantu anda semua.trimakasih....?

Anonymous said...

Kampung Puncak Kundang ni seusia dengan Kampung Melayu Kundang...

Kampung Melayu Kundang merupakan perkampungan Melayu terakhir yang diberikan geran kekal selepas status TOL pada zaman Khir Toyo selaku Menteri Besar...

Selepas itu, tanah-tanah TOL yang diduduki, semuanya akan dilupuskan...

Perkampungan pertama yang berstatus TOL dan kemudiannya dirampas, rumah penduduk dirobohkan, tanaman dimusnahkan dan penduduk dihalau adalah Kampung Bukit Tagar, sebaik sahaja PKR menjadi kerajaan negeri Selangor...

Walaupun sepatutnya kampung tersebut yang rata-rata penduduknya adalah penyokong kuat PKR berdasarkan PRK Hulu Selangor tahun 2010, namun akhirnya ia dirobohkan...

Anonymous said...

Bukan calang2 peguam yang mengiringi budak Yusoff masuk Bukit Aman?

Ini peguam terkenal lagi masyhur yang kebiasaannya mewakili orang2 kaya dan ternama untuk kes2 penting?

Bukan peguam kes biashe2?

Blog Archive