Friday, November 22, 2019

SUASANA SIDANG DUN SABAH ( 15-21 NOVERMBER 2019)

BERTAHUN-TAHUN penulis mengikuti Sidang DUN Sabah, nampaknya suasana sidang DUN sejak bertukarnya kerajaan jauh berbeza, mungkin sebagai penterjemahan kepada Sabah Ubah. 

Sebagai contoh yang telah berubah, adalah setup ruang makan para wakil rakyat. Dahulu, mereka yang bukan wakit rakyat TIDAK DILARANG masuk termasuk makan minum di ruangan tersebut, kerana untuk memberi peluang kepada bukan wakil rakyat beramah mesra dengan wakil-wakil rakyat daripada semua DUN untuk mengeratkan silaturahim dan hubungan. Namun kini, terpampang TULISAN AMARAN, dilarang masuk yang bukan wakil rakyat. Dengan perkataan demikian, kecuali mereka yang buta huruf akan masuk. 

Memang ruang makan untuk untuk orang awam telah disediakan, dengan 3 sajian yang berbeza, yang dibekalkan oleh 3 penyaji makanan yang berbeza. 

Sebenarnya, mereka yang bukan wakil rakyat hadir sebagai pemerhati, adalah tergolong daripada aktivis atau penyokong parti-parti politik, dan sudah tentunya para pegawai kerajaan, yang ditugaskan membantu menteri masing-masing. 

Menurut pemerhatian penulis, bukan itu sahaja yang berubah, cara persidanganpun dikendalikan telah berubah, walaupun perjalanan persidangan tidak berubah. 

Sekian lama, speaker mempunyai tugas sebagai pengerusi untuk mempelancarkan persidangan, antara kerajaan dan pembangkang, tidak lebih daripada itu, namun sejak bertukarnya kerajaan, ada seorang timbalan speaker berlaggak lebih kuah daripada sudu, termasuk bertikam lidah dengan ahli dewan, dengan menimbulkan soalan, berhujah seolah-olah sebagai wakil rakyat yang dipilih. 

Juga yang menarik perhatian penulis, jika dahulu, orang awam ramai datang sebagai pemerhati, namun pada kali ini, jika dikuantitafifkan, persidangan yang bermula pada 15, kemudian bersambung pada 18, 19, 20, dan 21 November, kedatangan pemerhati hanya 1/3 berbanding dengan kerajaan lalu. Mengapa demikian? Apa kah kurang sudah perhatian, apa yang dibincang di DUN? Atau kah kerana pengaruh alat komunikasi yang canggih? Kerana persidangan DUN dapat dikuti di mana-mana, jika ada seorang wakil yang dilengkapkan dengan telefon pintar hadir, maka dapat berkongsi dengan kawan-kawan lain yang berada berkilometer!!! Atau kah kerana tiada sesuatu yang menarik dalam persidangan, seperti mana-mana yang lalu-lalu? 

Atau kah pemerhati, malu melihat kerajaan yang dibentuk bukan kerana pilihan rakyat, akan tetapi pilihan para katak? Tepuk dada tanya selera!!!.

1 comment:

Anonymous said...

Ko orang tahu tak kenapa loobang idong poojaan ati atok kau tuh berdarah...!?

Sobab looobang idung poojaan ati atok kau berdarah sobab bateri jantong atok dah expired

atok punyo pembedahan tukar bateri bulan Sept 2019 sobab nak kekal dan gilo kuasa maka atok pooojan ati kau orang postpone tukar bateri...

banyak masalah atok ko orang yang cuba di sorokkan oleh atok kau tuh...!!

ko orang fikir sindri la... kita orang nak tepuk sambil makan pop corn tambah baru beli di kedai orang islam nihh

Blog Archive