Thursday, November 14, 2019

PRK TG PIAI: PH ATAU MN?

ANTARA penyumbang kepada kekalahan BN pada PRU-14 kerana faktor 1MDB dan SRC international yang dispin secara meluas yang dimulakan oleh Sarawak Reports, kemudiannya dikutip oleh media antarabangsa. 

Kini dua isu sedang dibicarakan di mahkamah, dan salah satunya telah memanggil orang yang dituduh membela diri. Dua kes ini, tidak akan bakal selesai dalam tempoh masa singkat, ianya akan mengambil masa yang panjang, kerana dua kes itu akan berakhir di mahkamah Persekutuan. 

Sementara dua kes ini sedang dibicarakan, meskipun secara tidak langsung membabitkan rakyat, akan tetapi kesannya kepada rakyat cukup hebat. Kerana dua isu ini, maka telah menyebabkan berbagai bantuan kepada rakyat telah dihentikan, itulah alasan yang diberikan oleh kerajaan.

Di lain pihak pula, berbagai isu yang melanda negara yang tidak langsung terkait dengan 2 isu tersebut, seperti kenaikan kos sara hidup yang sebelumnya mengkambinghitamkan GST, kini tidak juga teratasi sedangkan sistem percukaian itu telahpun dijadikan berkadar kosong, malah kos sara hidup semakin meruncing kerana harga barang keperluan terus meningkat, keadaan ekonomi yang merudum, sehinggakan pasaran saham negara terburuk di ASIA, bukan Asia Tenggara, nilai ringgit terburuk bukan sahaja terhadap dollar Amerika akan tetapi wang negara-negara ASEAN seperti Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia malah Laos dan Kemboja. 

Pada PRK Tg Piai, rakyat akan mengundi berasaskan keadaan semasa yang mereka hadapi. Tidak lagi mengenang isu lama. 

Jurukempen Muafakat Nasional telah mengangkat isu-isu semasa yang dihadapi rakyat, dan isu-isu itu terlalu sukar dijawab oleh jurukempen PH. 

PH terjebak dengan janji pada PRU-14, dan janji itu sedang dituntut oleh rakyat, bukan sahaja pengundi Tg Piai malah di seluruh negara. 

Di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau, isu 1MDB dan SRC International tidak berkesan, ada kemungkinan juga di PRK Tg. Piai akan selari dengan 3 PRK yang lalu.

Ramai pemerhati di lapangan mendapati di minggu pertama kempen, PH agak ketinggalan berbanding dengan MN, namun kedatangan Tun Dr Mahathir semalam, keadaan semakin seimbang, sehinggakan penentu pihak yang menang akan bergantung pada sentuhan terakhir jentera masing-masing.

Memang benar, 63 peratus kaum melayu, 36% kaum cina telah awal-awal menentukan pilihan, namun sentuhan akhir jentera masing-masing terhadap mereka yang di atas pagar melayu 37% dan cina 64% adalah penentu, pihak mana yang menang.

Cabaran jentera PH adalah gerakan meminta seramai mungkin pengundi luar pulang untuk mengundi, kerana semakin tinggi peratus yang turun mengundi, maka peluang calon PH Wak Karamine Sardini semakin cerah, dan jika berlaku sebaliknya, peluang pada calon MN- Datuk Dr Wee Jeck Seng.

Di atas kertas, MN mempunyai pengundi tegar antara 15-16 ribu daripada 52,500 pengundi, dan mereka ini bermastautin di Parlimen Tg. Piai.

Bahang PRK ini, sangat dirasakan oleh jentera PH, sebab itu, berlakunya peraturan, kunjungan rumah ke rumah dan walkabout memperlukan permit polis, kerana didapati kaedah ini boleh mempengaruhi pengundi atas pagar.

Sentimen pengundi Tg. Piai, bukan soal rugi atau untung mengundi calon PH, sebagai calon kerajaan, akan tetapi mereka berkiblat pada perbandingan apa yang mereka rasakan, pengalaman mereka sendiri, seperti kata peribahasa, betapa berat memandang berat lagi bahu memikul.

3 comments:

Anonymous said...

MAINKAN ISU ECXO DAP JOHOR BELANJA 1.93 JOTA
GAS BERACUN TOKSIK DI PASIR GUDANG
MLM TADI ATOK&MACAI KOMPOL 8 RIBU KATANYE..!!
TAK DA PE2 TUHH GEMPAK ATOK RENTA SAJA..!!

SESAMA SEMBURIT GADOH2 GILA BABI
RAKYAT TAK BODOH WAHAI PH DURJANA
TG PIAI BN INSYALLAH MENE 10 MAJORITY
ATOK NAK MATI PUN RASA TAK SELESA
ASYIK TERKENANG NASIB ANAKCUCU & KRONI



FOMYLATURUNREGE=BMF

Anonymous said...

Semoga Pakatan Haprak PPBM parti Matdey Kutty MAMPOS di Tg. Piai!!!

Anonymous said...

Kalau BN kalah tak jadi hal sangat...tapi kalau parti Matdey Kutty kalah....mana Kutty nak letak muka....sorok kat celah kelengkang Bang Non le....gelak besau lah Bang Non dan Dapigs...

Blog Archive