Latest News

PRK TG PIAI- PENGUNDI TUNJUKKAN KUASA

SEHEBAT manapun kuasa atau kelebihan pemimpin atau kerajaan, apabila rakyat menunjukkan kuasa maka terpaksa akur. Itu lah mekanisme demokrasi.

Pada PRK kali ini, seperti dulu-dulu juga, media massa kawalan kerajaan hanya menonjolkan calon kerajaan. Hampir seluruh struktur organisasi kerajaan digunakan membantu calon kerajaan. Hanya yang tidak dapat dikuasai adalah hak demokrasi mereka, iaitu undi- undi adalah rahsia, untuk mereka yang mengundi pada PRK ini.

Namun rakyat yang tidak terikat dengan struktur kerajaan yang merupakan super majoriti, bebas membuat pilihan mereka. Tiada unsur yang boleh mempengaruhi mereka, kecuali pengalaman dan apa yang mereka rasa. Kata peribahasa, betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Rakyat apabila bertindak, tidak dapat dibendung. Sebab itulah, apabila rakyat memberi mandat, maka pergunakan lah mandat itu sebaiknya untuk membela rakyat. Jika rakyat merasa tidak berbela, maka menerusi pilihanraya lah mereka bertindak.

Parlimen Tg Piai, dimenangi calon PH daripada Bersatu pada PRU-14. PRK terpaksa diadakan kerana kematian penyandang. Logiknya, pengundi akan mempertahankan status quo. Lagipun, jika kawasan diwakili oleh wakil rakyat kerajaan, maka mudahlah wakil rakyat itu meminta atau memohon atau melaksanakan sebarang projek pembangunan. Malangnya, dalam senario PRK kali ini, bukan itu yang dikehendaki rakyat, apa yang dimahukan mereka adalah kebijakan atau polisi yang memberi impak besar kepada kehidupan harian mereka.

Rakyat terjebak dengan keadaan yang mengancam kehidupan harian mereka, kerana terus berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup ditunjang oleh lembabnya aktiviti perekonomian, harga komoditi sawit yang merudum, sehinggakan memberimpak berganda kepada rakyat.

Kerana merudumnya harga kelapa sawit, maka kuasa beli pekebun menurun, kerana pengurangan bantuan kepada kelompok sasar seperti nelayan, petani, ibu tunggal, warga emas, maka secara automatik daya beli menurun, maka berimpak kepada peruncitan. Pengundi Tg Piai melihat dan mempertimbangkan keadaan ini, bukan kerana menghukum kerajaan, akan tetapi memberi isyarat, agar kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap kehidupan rakyat yang telah memberi mandat.

Di negara ini, rakyat beruntung kerana dibekalkan dengan pengalaman membanding, kerajaan lalu dan kerajaan sekarang. Apabila faktor membanding ada, maka siapapun rakyat, akan memilih yang lebih baik.

Rakyat tahu, seluruh struktur kerajaan, sistem ekonomi adalah sama, kecuali yang berganti adalah jawatan-jawatan politik, seperti Perdana Menteri dan menteri-menteri. Rakyat membandingkan mengapa dalam sistem yang sama, kerajaan lalu jauh lebih baik? Pertimbangan ini lah yang menjurus kepada perubahan keputusan pengundi Tg Piai daripada PRU-14 kepada PRK ini.

Nampak gayanya, sementara tempoh kempen hanya dalam tempoh 12 jam lagi, pengundi Tg Piai sudah membuat keputusan, sesuai dengan keadaan kempen 2 minggu, mereka memberi isyarat, mereka kali ini memilih calon Muafakat Nasional.

4 Responses to "PRK TG PIAI- PENGUNDI TUNJUKKAN KUASA"

Anonymous said...

Semoga BN Menang di PRK Tg. Piai...Aminn!!!

Anonymous said...

Boss, bukan BN tapi MN....;)

Anonymous said...

WALAWEI TG PIAI JAM 2 KILOMETER YEAHH
PENANGAN PENYATUAN UMAH PUNYA KIRJA
GIGIL LAGI ATOK PUNYA PALO LUTUIT LAH
KIKIKK NAK MATI PUN RASA TAK SELESA..

BOLE SELESA KE SLLU BUAT KERJA FITNAH.?

MESIA 2 THAILAND SATU YA BEDA BEDUU..!!
PRK BN DAH 3 KALI JARINGAN HATRIK
NAMPAKNYA TG PIAI NI NO FIGHT WOOO
KE PERAK MENGKOMER JARINH GOL SMPI ATOK PANIK..
TG PIAI BOLE IBARAT GERMANY VS MALDIVES TUHHH..!!

#FORMULATURUNREGE=BMF

Pak yop said...

Kt perak tkyah jaring gol la yop..keeper campak masuk gol sendiri..

Blog Archive