Saturday, November 16, 2019

PRK TG PIAI MENGUBAH LANSKAP POLITIK NEGARA

BENAR lah politik itu penuh dengan kemungkinan. Menjelang PRU-14, tidak terfikir, bahawa akan berlaku pakatan antara DAP-PKR-Amanah dengan Tun Dr Mahathir. Kerana tindakan di luar kotak itu yang ditunjang oleh rekayasa manifesto, maka dapat menumbangkan Barsian Nasional. 

Kini, tiada yang terfikir, bahawa akan lahir Muafakat Nasional yang ditunjangi Barisan Nasional (parti perikatan) dengan Pas. 

Lahirnya MN belum seminggu, kerana secara rasminya pelancaran adalah pada 14 November, 2 bulan selepas dimeterainya perpaduan Ummah antara Umno dan Pas. 

Menerusi PRK Tg Piai, bukan sahaja pengundi kawasan itu menolak calon PH, akan tetapi memberi reaksi positif kepada flatform politik tanah air-Muafakat Nasional. 

Jika di lihat perbezaan undi antara calon, seolah-olah telah kembali pada era sebelum PRU-12, yang mana pada masa itu setiap PRU, Barisan Nasional sentiasa menang dengan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat. 

Melihat kepada keputusan PRK kali ini, ada 2 isyarat utama yang diberikan rakyat, pertama penolakan rakyat terhadap kerajaan yang gagal menunaikan janji dan kedua, rakyat menerima flatform baru politik tanah air. 

Pengundi Tg Piai, memberi isyarat bahawa negara ini memerlukan parti seperti Muafakat Nasional untuk keharmonian dan kelangsungan pemerintahan negara yang didiami rakyat majemuk dan berbagai agama. 

Apa yang diperlukan, setiap pemimpin parti di semua peringkat dalam MN, perlu belajar daripada kesilapan lampau, dan dijadikan sempadan, dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan. 

Juga, menerusi PRK kali ini, kuasa rakyat tidak akan terbendung, jika mandat yang diberikan dikhianati. 

Kini, rakyat sudah bijak, tidak lagi terpengaruh mengundi calon yang mewakili kerajaan, walaupun undi mereka itu tidak mengubah kerajaan. Rakyat bersedia diwakili wakil pembangkang, semata-mata untuk memberi pengajaran kepada kerajaan yang gagal membela dan menunaikan janji. Senario ini, akan menjadi penanda aras pada politik negara, kini dan masa depan!!!.

Nota: semasa menyiapkan artikel ini, calon BN (MN) Dato Seri Wee Jeck Seng mendahului dengan undi 22,254 dan lawan terdekat Karmaine Sardini (PH) 8,659 dan kemungkian 4 calon lain hilang wang deposit. Untuk rekod pada PRU-14 calon Bn memperolehi 20,731 undi, Pas 2,962 undi manakala PH 21,255 undi. 

1 comment:

Anonymous said...

KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT
KU SANGKA 10K MAJORITY RUPANYA LEBIH LAGI
EGO TINGGI SKG PADAN MUKO KAU HANATT..!
MENGKOMER SUMA AJOM KE PERAK NANTI..


KIKIKIKI...

INGAT FORMULA NI #BMF OKKK.!!

Blog Archive