Saturday, November 02, 2019

PRK TG PIAI: BERSATU SABAH TURUT SAMA MENGIRINGI CALON PH

DSP Hajiji & DSP Masidi turut sama berarak
PEMIMPIN Bersatu Sabah turut sama menghantar calon Pakatan Harapan Karmaine Sardini melawan calon Bn (MN) Dato Dr Wee Jeck Seng dan 4 calon lain, Gerakan, Berjasa dan 2 calon bebas.

Daripada 53,528 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 57% melayu, cina 41.66% dan india 1% dijangka 70% akan turun mengundi pada 16 November ini.

Para pemerhati politik tanah air melihat PRK kali ini merupakan refendum kepada Pakatan Harapan selain litmus test kepada Muafakat Nasional yang dikemudikan oleh Umno dan Pas.

Juga dikatakan bahawa PRK kali ini adalah ujian kepada muafakat dan sentimen perkauman.

Pakatan Harapan mahu membuktikan selain mengekalkan sokongan kaum cina juga ingin merai sokongan kaum melayu. Di lain pihak pula Bn selain mahu mengekalkan sokongan kaum melayu juga mahu merai seramai mungkin kaum cina.

Jika melihat kepada kecenderungan pada PRU-14, kemenangan calon PH adalah sumbangan pengundi yang tidak bermastautin di kawasan tersebut, manakala pengundi yang bertempat tinggal di kawasan parlimen itu majoritinya telah memilih calon Barisan Nasional. Tidak pasti apa kah kecenderungan itu berkekalan atau telah berubah.

Siapa bakal menang, akan ditentukan oleh jentera masing-masing pihak. Apa yang pasti, pihak mana yang dapat merai ramai pengundi, pihak itu lah yang bakal menang, kerana, di atas kertas peluang antara PH dan BN adalah seimbang.

Pada PRK kali ini, meskipun berlaku pertembungan 6 penjuru, 4 calon lain kemungkinan besar hilang wang pertaruhan.

No comments:

Blog Archive