Saturday, November 02, 2019

PRK TG PIAI-6 PENJURU-TUMPUAN UTAMA PH LAWAN MN

MESKIPUN PRK Tanjung Piai cuba direbut 6 calon- PH, MN, Gerakan, Berjasa, dan 2 calon bebas, namun tumpuan hanya pada calon PH dan MN.

PH mempertaruhkan Ketua Bersatu Parlimen tersebut Karmaine Sardini, manakala MN pula meletakkan Ketua Bahagian MCA kawasan tersebut Dr Wee Jeck Seng-mantan MP dua penggal bagi kawasan tersebut.

Di atas kertas, peluang antara PH dan MN adalah seimbang, jika melihat kepada kecenderungan pegundian pada PRU-14. Pada PRU-14, kawasan tersebut dimenangi calon PH dengan majoriti 524 menrusi pertembungan 3 penjuru, BN-PH-Pas.

Ramai pemerhati melihat PRK kali ini adalah litmus test Muafakat Nasional (MN), untuk mendobrak penguasaan PH pada PRU-15.

Parlimen Tg Piai yang bermajoriti pengundi melayu, walaupun demikian, kawasan tersebut tradisininya direbut calon bukan melayu, antara MCA dan DAP, kecuali pada PRU-14, antara Bersatu dan MCA. Pada PRK ini, senario PRU 14 berulang semula.

Pada 16 November, apa kah PH atau MN diberi mandat oleh lebih 50 ribu pengundi kawasan parlimen tersebut untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat.

Hakikat yang perlu diterima, walau apapun keputusan PRK ini tidak mengubah status quo, akan tetapi boleh dilihat sebagai refendum kepada kerajaan Pakatan Harapan dan dilain pihak mahu melihat keberkesanan Muafakat Nasional.

Juga pada PRK ini, sebagai pemula kepada sistem 2 parti di negara ini, yang mana pada PRU-15, rakyat akan memilih apakah  PH atau MN...sama-sama kita tunggu keputusan pada 16 November!!!.

1 comment:

Anonymous said...

Md Farid Md Rafik (PH - PPBM)

39.7% (21,255)
Wee Jeck Seng (BN - MCA)

38.7% (20,731)
Nordin Othman (PAS)

5.5% (2,962)
Registered voters: 53,528

Majority: 524

Spoilt votes: 841

Unreturned votes: 0

Voter Turnout: 45,858 (85.7%)

DEMOGRAPHICS
Malay 56.8%; Chinese 41.64%; Indian 1.01%; B/P Sabah 0.08%; B/P Sarawak 0.08%; Orang Asli (Pen. Msia) 0.01%; Others 0.38%

Undi Rosak lagi banyak dari undi majority...

Ko rase kali ni camner...!!

Formula Turun Harga = BMF

Blog Archive