Wednesday, November 06, 2019

MUSA-BAPA PEMBANGUNAN MODEN SABAH

Musa diberikan gelaran Bapa Pembangunan Moden Sabah, kerana pencapaian beliau membangun dan memajukan Sabah. 

Kemajuan Sabah hari ini, di luar pemikiran rakyat sendiri pada tahun 2003, kerana masa itu, selain keaadaan kewangan Sabah yang hampir muflis, sumbangan pendapatan negeri daripada sumber hutan sangat kurang sekali, kerana keluasan hutan hanya 838 ribu hektar. 

Sudah pendapatan daripada hutan berkurang, Musa memperkenalkan pada tahun 2006, tiada lagi pembalakan berskala besar di Sabah. 

Daripada mana sumber pendapatan Sabah yang digunakan untuk membangun dan memajukan Sabah? Jawpannya adalah daripada HALATUJU Pembangunan & Kemajuan Sabah (HALATUJU) yang dilancarkan pada tahun 2003, sebaik sahaja beliau dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada 27 Mac, 2003. 

Menerusi HALATUJU diteroka berbagai sudut/sektor untuk menambah pendapatan negeri. Antara sektor yang dilihat sebagai “the rising sun indutry” adalah sektor pelancongan. Sektor pelancongan telah menyumbang resit pendapatan kepada Sabah berjumlah RM66bilion (2002-2016) yang disumbangkan oleh 32juta pelancong ke Sabah menerusi 175 penerbangan antarabangsa dan 405 penerbangan dalam negeri menerusi Kota Kinabalu International Airport untuk tempoh masa itu. 

Selain sektor pelancongan sektor pertanian dan peladangan turut ditingkatkan, yang turut sama menyubang kepada hasil negeri. Sebagai impak kepada HALATUJU, maka Sabah dapat untuk julung kalinya membentangkan Bajet di atas RM4bilion pada tahun 2012, dan bajet itu bukan bajet defisit akan tetapi surplus. Akibat bajet surplus bermula pada tahun ke-2 Musa sebagai Ketua Menteri, telah menyumbang RM3.74bilion sebagai simpanan kewangan negeri pada Disember 2017, walaupun berbaki RM3.6bilion pada Jun 2018. Jumlah simpanan itu lebih 20 kali ganda berbanding simpanan kewangan negeri pada tahun 2003 yang hanya berjumlah RM184juta. 

Musa telah membuktikan, kemampuan mendapatkan pendapatan bukan menerusi penebangan hutan, sebaliknya menerusi pengurusan ekonomi dan kewangan yang telus dan mapan. Untuk rekod, pada Disember, 2017 keluasan hutan kekal Sabah telah mencapai 1.87juta hektar, yakni pertambahan lebih sejuta hektar untuk tempoh 15 tahun. 

Musa membuktikan, mengekalkan hutan tetapi pada masa yang sama pembangunan fizikal dan eknomi Sabah terus berkembang. Sebagai misalan, besarnya ekonomi Sabah pada tahun 2003 hanya RM56bilion, akan tetapi pada Disember, 2017 telah mencapai RM80bilion. 

Apa yang boleh menjadi titik sejarah, selama 15 tahun kadar kemiskinan Sabah berjaya diturunkan sehingaa 2.9% berbanding di awal pemerintahan beliau di atas 30%. Penurunan kemiskinan ini, sebagai impak kepada HALATUJU, seperti pengwujudan Program Mini Estet Sejahtera (Mesej). Pada era Musa sejumlah 54 unit ini terlaksana melibatkan 2000 ketua isi rumah yang berjaya dikeluarkan daripada kumpulan miskin. 

Secara fizikal pula, khususnya di Ibu Negeri, berbagai kemudahan awam turut dibina, antaranya jalan-jalan bertingkat, kompleks beli belah bertaraf antarabangsa selain pusat konvensyen antarabangsa (SICC) yang tidak lama lagi beroperasi. Selain daripada itu, penambahan nilai pada hartanah milik kerajaan, seperti Tanjong Aru Eco Development (TEAD) yang baru-baru ini mendapat anugerah akitek terbaik, semuanya itu adalah hasil daripada HALATUJU yang dilancarkan pada tahun 2003!!!.

1 comment:

pakresky said...

ASS..WR.WB.SAYA pak resky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL

Blog Archive