Sunday, November 24, 2019

KERAJAAN PERSEKUTUAN- APA KAH ROMBAKAN KABINET SATU JAWAPAN?

ADA yang berkata Tun Dr Mahathir perlu merombak kabinet. Keperluan itu mengambilkira pencapaian dan penerimaan rakyat terhadap kerajaan. Apa yang paling mustahak, kononnya rombakan kabinet adalah untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Harapan. Betul kah demikian? 

Gara-gara (bahasa indonesia bererti penyebab tidak diduga) PRK Tg Piai, kerajaan PH bercelaru,macam tiada halatuju, walaupun telah memerintah hampir 2 tahun. 

Kerana kekalahan teruk, menyebabkan semua tindakan kerajaan kononnya tindakan menyelematkan Malaysia, bagaikan panas setahun dimusnahkan oleh hujan sehari. 

Hakikatnya, selamat 18 bulan, didapati kerajaan Pakatan Harapan, tidak mempunyai aura yang sama berbanding kerajaan dahulu. 

Selama 61 tahun Kerajaan BN, menerusi 13 PRU, termasuk PRU 12 dan 13, di mana komponen itu yang disertai 13 parti-parti komponen (kini tiada lagi-berbaki parti perikatan) kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, malah kehilangan undi popular pada PRU-13 meskipun masih mempertahankan Putrajaya, tidak berlaku penerimaan rakyat terus merudum, perkembangan ekonomi merudum dalam tempoh singkat selepas pilihanraya. 

Biasanya tindak balas terhadap kerajaan yang dibentuk sangat positif, walaupun mula mengalami penurunan apabila menghampiri hujung penggal, dan sebab itu kerajaan kadangkala membubarkan dewan rakyat sebelum 5 tahun untuk mendapatkan mandat semula. 

Keadaan yang dihadapi kerajaan sekarang ini, semacam tempoh kerajaan sudah dipenghujung, walaupun hanya berusia kurang 2 tahun. 

Hakikat yang tidak boleh ditolak, mengapa pencapaian kerajaan tidak mencapai markah lulus, kerana kebanyakan anggota kabinet tiada pengalaman, lambat menyesuaikan diri, lambat belajar, malah yang menjadi penghalang adalah ego, berlaggak serba tahu, sedangkan hakikatnya, macam tin kosong, seperti mana anggota kerajaan melaka yang diberi gelaran “Raja Penembak babi hutan” oleh Speaker DUN Melaka, kerana memaksa kejayaannya menembak babi hutan sebagai satu pencapaian. 

Faktor lain, mengapa delivery Kerajaan lembab, bukannya kerana faktor kaki tangan kerajaan, akan tetapi sifat para menteri dan mereka yang dilantik, menaruh curiga terhadap kakitangan kerajaan, sehinggakan ada menteri, timbalan menteri merangkap jawatan daripada kerani hinggalah jawatan menteri. 

Sebagai akibatkan kepada kecurigaan itu, maka ramai menteri tidak cukup pengetahuan berkaitan kementerian masing-masing, sebab itu timbul cadangan, musim hujan guna payung untuk menoreh getah, menyeruh nelayan tanam nenas di sekililing rumah, cadang petani pelihara ikan di tengah sawah, minum satu sudu minyak sawit setiap hari untuk tingkatkan harga kelapa sawit, tanam buluh bagi menggantikan pokok kelapa sawit dan sebagainya. 

Ada juga menteri yang begitu teruja sekali berkaitan kereta terbang, sehinggakan mempamerkan model kereta terbang negara, macam alat mainan yang dibeli di tesco. Contoh-contoh sedemikian menunjukkan, bahawa mereka yang diberi potfolio sebagai menteri kurang peka terhadap tanggungjawab sebenar mereka sebagai menteri. 

Hakikat yang terlupakan atau sengaja tidak diambilkita bahawa tugas anggota kabinet menerusi kementarian masing-masing adalah bagai mana menarik sokongan rakyat menerusi polisi dan tindakan-tindakan yang mampu membela rakyat, dan pada masa yang sama mampu mengharumkan nama negara. 

Anggota kabinet dan tindak tanduk mereka mewakili kerajaan, faktor ini lah yang dilihat oleh pelabur, selain pendorong kepada aktiviti ekonomi. 

Keupayaan anggota kabinet didorong oleh polisi kerajaan akan menambah aura kerajaan, pada gilirannya disambut baik oleh rakyat, pelabur, dan dunia perniagaan. Jika semuanya positif, maka ditandai perkembangan pasaran saham yang meningkat, pertumbuhan ekonomi yang meningkat, pada gilirannya peluang-peluang pekerjaan meningkat. 

Oleh kerana, anggota kabinet kerajaan tidak berupaya mencipta aura positif kepada kerajaan, maka menyebabkan semua sektor di negara ini merudum, manakala rakyat pula terhakis kenyakinan mereka. 

Kerajaan hari ini terlupa, bahawa apabila keyakinan rakyat terhakis, ianya sukar dipulihkan, apapun tindak balas kerajaan, termasuk rombakan kabinet atau pergantian Perdana Menteri, kerana rakyat tahu, yang menjadi peneraju kerajaan adalah orang-orang yang sama, meskipun berganti individu. 

Dalam keadaan negara yang semakin bercelaru, sesiapapun Perdana Menteri daripada parti-parti PH, tidak mampu memulihkan keadaan dalam masa singkat, kerana tiada sesiapa daripada mereka mempunyai lampu alladdin. Sebagai contoh, bagai mana mengembalikan kerugian tabung haji yang berjumlah RM17.8bilion? Kerugian itu memerlukan pasaran saham meningkat ke paras di atas 2000 point, untuk membolehkan saham-saham lembaga itu mencipta keuntungan. Meningkatkan indeks pasaran saham ke paras itu memerlukan pelaburan tidak kurang RM300bilion. 

Isu yang didepani kerajaan sekarang, di dalam negara rakyat Malaysia sendiri hilang keyakinan, pelabur luar juga hilang keyakinan, hanya yang tidak hilang keyakinan adalah rakyat cina yang datang ke negara yang berselindung sebagai pelacong, akan tetapi menjadikan negara ini sebagai pusat penipuan siber.

3 comments:

Anonymous said...

BANG NON DI SAS ALAM ARI INI
MENGIMBAU REFORMASI DAH BASI
OTAI REMORMIS DIJEMPUT SEKALI
TUNJUK KUASA PADA MAHA KUTTY



KIKIKIKIKI...

HAAHH POP CORN TAMBAH DAN TEPUKKKK..!!

Anonymous said...

Seluruh dunia sangat kagum dengan produk keluaran Malaysia, Tabung Haji. Sebuah badan yang ditubuhkan untuk menguruskan sejumlah dana pelaburan yang sangat besar juga menguruskan perhidmatan rakyat yang ingin mengerjakan haji dengan sangat terusun dan sistematik.

Setelah kerajaan bertukar, badan yang telah lama berkhidmat cemerlang ini secara tiba2 sahaja menjadi sebuah badan yang sangat gagal dengan hanya memberikan dividen yang sangat rendah dalam sejarah penubuhan.

Secara tiba2 juga banyak aset2 yang berpotensi dan berpretasi tinggi juga difahamkan telah dijual oleh kerajaan hancing. Perkara ini kelihatan aneh sehinggakan ramai pelabur yang MUSYKIL dengan tindakan tergesa2 ini.

Sebagi stakeholders, para pelabur, rakyat berhak untuk tahu apakah perkara sebenar yang telah berlaku?

Oleh itu sepertimana yang disaran oleh Asyraf, pemuda UMNO, sebuah RCI PERLU segera ditubuhkan untuk menyiasat dengan terperinci apakah perkara sebenar yang terjadi. MUNGKINkah ada sesuatu yang cuba disorokkan oleh kerajaan hancing?




pakresky said...

ASS..WR.WB.SAYA pak resky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL

Blog Archive