Sunday, November 24, 2019

ADA APA DISEBALIK PSS?

contoh sahaja
Aziz Jamman selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Wira Parti Warisan, mempromosikan bahawa KAD PAS SEMENTARA SABAH ( PSS) kalis pemalsuan, manakala yang digantikan IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci mudah dipalsukan. Hujah itu untuk sementara dapat diterima, kerana di negara ini MyKadpun, malah Pasport Malaysiapun dipalsukan. 

Mungkin MP Sepanggar itu, pura-pura tidak tahu disebalik bangkangan berbagai pihak di Sabah, bukan sahaja PPBM Sabah yang diketuai Datuk Hajiji berkaitan penukaran 3 dokumen yang dipegang PATI kepada PSS, bukan kerana proses penggantian kepada lebih 136 ribu pemegangnya, akan tetapi kepada lebih 400 ribu yang dikatakan keluarga kepada pemegang tersebut. 

Oleh kerana pemegang kad tersebut tidak akan diberikan kerakyatan seperti jaminan Ketua Menteri, bagai mana pula dengan lebih 400 ribu itu? Apabila memenuhi kerakyatan, kerana lahir di Sabah, daripada perkahwinan yang sah dan didaftarkan di majlis Agama Islam Sabah (MUIS) atau bagi yang bukan islam didaftarkan menerusi badan-badan agama lain, atau melalui perkahwinan campuran, apa kah mereka juga akan diberikan PSS, dan dijamin tidak akan diberi kerakyatan? 

Jika melihat kepada cadangan PSS, selain 136 pemegang 3 kad, juga PSS akan diberikan kepada ahli keluarga mereka, dan jumlahnya akan mencecah 600 ribu!!!. Di sinilah timbulnya persoalan yang ditimbulkan oleh Ketua Bersatu Sabah tersebut, apa kah ada jaminan, bahawa jumlah itu hanya 600 ribu? Dan bagai mana kerajaan tahu jumlah mereka 600 ribu? Oleh kerana tiada jaminan itu, maka proses pemberian itu nanti, boleh melangkuai jumlah yang dianggarkan, dan sudah tentunya kerana adanya kemasukkan baru secara haram, untuk menyahutkan kebaikan kerajaan Sabah. 

Mengapa tidak mengambil iktibar kepada pemberian 3 kad tersebut yang berjumlah 136 ribu, kemudiaan membiak sehingga 600 ribu. Jika 600 ribu itu diberikan PSS, maka akan membiak dan akan mencecah 2.65 juta dalam tempoh 30 tahun. 

Apa yang pasti, apabila mereka ini diberikan PSS, maka akan kekal tinggal di Sabah seperti pemegang 3 kad sebelumnya. Mengapa kerajaan tidak mahu membersihkan negeri ini, daripada kehadiran PATI? Sesuai dengan tindakan Kerajaan sebelum ini selepas keputusan RCI PATI Sabah yang diumumkan pada Disember, 2014, MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR pulang PATI ke negara asal. 

Mungkin Aziz, tidak mengikuti bagai mana pertambahan penduduk Sabah berlaku dengan cepat sekali, apabila kerajaan memperkenalkan IMM13, kemudian Kad Burung-Burung dan Sijil Bancian. 

Sementara pemilik 3 dokumen tetap sama, akan tetapi pada masa yang sama, demografi Sabah berubah dengan begitu ketara. 

Sehingga pilihanraya tahun 1999, Sabah masih menggunapakai persempadan 48 kawasan Dewan undangan Negeri, dengan komposisi 20 kawasan bumiputera islam, 20 kawasan bumiputera bukan islam dan 8 kawasan kaum cina. Apabila persempadan semula dilaksanakan pada tahun 2003 dan digunakan pada PRU 2004, komposisi penduduk Sabah berubah dengan ketara sekali, menjadi 32 kawasan bumiputera islam, 20 kawasan bumiputera bukan islam, manakala kaum cina tetap 8. 

Melihat secara kasar kepada perubahan tersebut, apa kah betul kadar kelahiran bumiputera islam lebih tinggi hampir satu setengah kali kelahiran bumiputera bukan islam? Dan fakta jelas, pertambahan penduduk yang cukup tinggi, adalah di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuhan PATI. 

Tidak mengira siapa, asalkan rakyat asal Sabah, perlu khuatir dengan pertambahan penduduk Sabah yang tidak mengikut kelahiran lumrah manusia, apa tah lagi pertambahan itu disumbangkan oleh mereka yang berlainan latar belakang, baik budaya dan sosial, kerana di suatu hari kelak akan mengundang masalah, seperti mana yang dihadapi sekarang, sebagai impak kemasukkan beramai-ramai PATI sejak tahun 70-an. 

Jangan kerana kuasa politik, maka perlu mengorbankan masa depan Sabah dan rakyatnya, kerana jika ianya berlaku, sukar dipulihkan semula. 

Ambil lah pendekatan, lebih baik mencegah daripada mengubati.

Pemberian PSS merupakan satu projek besar yang berjuta ringgit, jangan kerana mengejar projek tersebut, maka masa depan negeri dikorbankan.

Penulis tidak pelik, jika PSS diteruskan, akan lahir para jutawan baharu, seperti mana belaku tahun 90-an apabila diadakan pemberian kad burung-burung dan sijil bancian, kerana lubang duit, ada sahaja akan menjadi petualang mengambil kesempatan. Pinjam kata-kata Hussien Lempoyang dalam Filem P Ramlee Tiga Abdul, lebih untung berniaga manusia daripada unta.

1 comment:

pakresky said...

ASS..WR.WB.SAYA pak resky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL

Blog Archive