Saturday, November 09, 2019

CARA KERAJAAN WARISAN MENGHALALKAN PEMBALAKAN

TAHUN 2006, kerajaan Sabah telah menghentikan pembalakan berskala besar. Selain itu, sebarang pembalakan hutan simpan perlu mendapat kelulusan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kerajaan Bn yang diterajui Tan Sri Musa Aman bertindak demikian, kerana keluasan hutan simpan Sabah untuk generasi akan datang semakin berkurangan, kerana pada tahun 2002, keluasan hanya berbaki 838 ribu hektar (0.838juta hektar). 

Bersamaan dengan itu juga, kerajaan negeri memperkenalkan geran komunal (iaitu geran yang diberikan kepada penduduk kampung, yang mana syaratnya, geran yang diberikan hanya boleh diwarisi keluarga terdekat,tidak boleh dijual kepada pihak lain). Asas kepada tindakan ini, adalah geran NT yang diberikan sebelum ini seluas 1juta ekar telah dijual kepada pihak lain. Untuk membendung, agar bumiputera yang diberi geran NT tidak menjual tanah, maka geran komunal diperkenalkan. (kini geran itu telah dimansuhkan oleh Kerajaan Warisan). Untuk rekod sehingga tahun 2017 72 geran komunal telah diluluskan berkeluasan 119,083.03 ekar meliputi 213 kampung melibatkan 10,462 orang pemilik tanah.

Sebenarnya semua geran komunal yang diberikan itu telahpun diusahakan yang melibatkan agensi kerajaan dan swasta dan sebahagian daripadanya telah membuahkan hasil.

Kini sebagai tambahan kepada geran komunal daripada tanah kerajaan yang diberikan geran individu, kerajaan Warisan akan mengazetkan 90 buah kampung yang berada dalam kawasan hutan simpan. Menerusi keputusan tersebut, maka pembalakan di kawasan itu perlu dijalankan untuk membuka ruang pengwujudan perkampungan tersebut. Nampak gayanya, HALATUJU Sabah untuk mengwujudkan 30% daripada land mass Sabah pada tahun 2025 tidak akan terwujud.

Pada Desimber, 2017 keluasan hutan kekal Sabah adalah 1.87juta hektar, bertambah kerana keputusan kerajaan pada era Musa betapa mustahaknya memulihara hutan untuk generasi akan datang.

Pembalakan ada lah kaedah mudah untuk mendapatkan wang. Syarikat-syarikat yang dibenarkan membalak akan mengautkan wang yang banyak tanpa modal. Pada gilirannya syarikat-syarikat ini “terhutang budi” pada yang memberi. Tidak lama lagi, gaya hidup yang memberi akan berubah bagaikan langit dan bumi.

Menerusi tindakan kerajaan Warisan menghalalkan pembalakan secara tidak langsung, telah menelan ludah mereka sendiri kerana sebelum ini menuduh kerajaan BN era Musa kononnya pembalakan berleluasa, sedangkan fakta sebenarnya tidak demikian.

Rakyat perlu menjadi saksi, tindakan kerajaan Warisan membuka perkampungan di kawasan hutan simpan, adalah semata-mata untuk mengabui mata rakyat untuk membuka kawasan pembalakan baharu

No comments:

Blog Archive