Monday, September 30, 2019

PRK TANJONG PIAI- PENANDA ARAS MUAFAKAT NASIONAL

UMNO dan PAS kena buktikan kekuatan kaum melayu dan islam. Hanya menerusi kekuatan itu, bangsa lain akan akur. 

Pengalaman Bn selama 60 tahun, kaum lain menyokong kerana Melayu masih menyokong Umno, dan apabila melayu berpecah, maka kaum lain ambil peluang, dan mereka menyokong parti berasaskan kaum mereka, lebih 90%.

Bagi Umno pula, adalah betul, MCA dan MIC masih kekal dalam BN, meskipun selepas PRU-14, parti kaum cina itu, berdegar-degar mahukan Bn dibubarkan.

Hanya kerana melayu bertaut kembali (Umno dan Pas) yang bermula di PRK Cameron Highland, kemudian di Semenyih dan Rantau, MCA "kembali semula" MCA kembali bukan ertinya kaumnya kembali!!!.

Memang, selepas PRU-14, MCA tiada keyakinan lagi pada Umno atau Bn, sebab itu pada PRK Balakong, parti itu menggunakan simbol sendiri, namun apa yang berlaku, parti itu dimalukan, malah hampir hilang pertaruhan!!!.

Dalam sejarah politik Malaysia, kawasan-kawasan yang diwakili MCA dan MIC sebenarnya kawasan majoriti melayu, termasuk juga Parlimen Tanjong Piai, Johor. Jika ada yang mengatakan bahawa parlimen itu kubu kuat MCA, ianya satu kesilapan. Calon Bn daripada MCA menang, sebelum ini, kerana pengundi kaum melayu yang setia kepada Umno, bukannya pengundi cina yang setia kepada parti itu. Hakikat perlu diterima, sejak PRU-2008, sokongan kaum cina terhadap MCA atau Bn sudah menjunam, kemenangan Bn pada PRU 2008 dan 2013, kerana faktor kaum melayu, dan Bn dapat mempertahankan kerajaan Persekutuan kerana sokongan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Untuk kali ini, Umno jangan sia-siakan muafakat Nasional antara parti itu dan PAS, kerana menerusi kaedah ini sahaja, maruah melayu dan islam akan bangkit semula!!!. Jika pemimpin Umno mensia-siakan peluang ini, maka mereka lah yang menjadi pendorong untuk melayu dan islam tidak bangkit di tanah airnya sendiri.

No comments:

Blog Archive