Tuesday, June 18, 2019

UNDANG-UNDANG ANTI INTIPAN PERLU DISOKONG

BAGI mengekang politik jijik dan kotor, mengancam menggunakan gambar-gambar atau rakaman video yang bersifat lucah dan kotor menjatuhkan pihak lain, kerajaan perlu mempertimbangkan memperkenalkan undang-undang anti intipan.

Inisiatif Menteri di Jabatan Perdana Menteri- Datuk Liew Vui Keong untuk mengkategorikan pencerobohan privasi sebagai kesalahan jenayah selain memperkenalkan undang-undang anti intipan, perlu disokong.

Merujuk kepada insiden penyebaran video intim didakwa membabitkan seorang menteri yang tular baru-baru ini, Liew berkata beliau sedang meneliti perkara itu sebagai pencerobohan privasi.

"Kita semua mempunyai privasi sama ada anda suka atau tidak. Kita semua mahu memastikan privasi kita dilindungi dan tidak boleh diceroboh," katanya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) JPM, di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai penerbitan dan pengedaran video intim dari perspektif undang-undang Liew berkata, beliau juga telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji penggubalan undang-undang bagi membendung amalan tidak sihat itu.

"Ini bertujuan untuk melindungi masyarakat, terutama wanita dan kanak-kanak, daripada menjadi mangsa jenayah itu," katanya.

"Ini adalah masa untuk kita mengkajinyai kerana terdapat juga kesalahan yang kita lihat kebelakangan ini, seperti antara teman wanita dan teman lelaki apabila lelaki mengambil gambar gadis itu dan menyebarkannya di media sosial untuk menggugut gadis itu.

"Ia juga boleh berlaku apabila seseorang merakamkan video beberapa aksi pasangan tertentu dan kemudian menggunakan video tersebut untuk menggugut orang berkenaan," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Bodoh punya suggestion..
Kita tak mahu pemimpin tak bermoral.
Kalau ada video atau dakwaan, benda yg sepatutnya dibuat ialah menyiasat...
Siasatan pun baru mula tapi dh kata itu semua fitnah dan palsu...

Bodoh punya pemimpin2 PH..
Dulu fitnah org lain...skrg kau rasa sendiri bila kau difitnah...tapi mungkin bukan fitnah...memang sebenarnya berlaku..

PH patut dijatuhkan
Pemimpin sijil palsu, tak bermoral, penipu rakyat, tak pandai memimpin, idea cetek, melayu & Islam tak terbela..

Hancur PH...

Anonymous said...

Doa orang orang yang dizalimi tiada hijab. Allah tunaikan secara "cash" (PH/TM dakwa "cash is king". Ambiklah korang. Kalau berkuasa melalui "FITNAH" inilah balasannya. Tak perlulah gubal undang2 yg tak menasabah dan tak masuk akal. Padan muka aku...Malulah sikit.

Anonymous said...

Let's fight MALAYSIA BAHARU LIWAT MELIWATI DUBUR MENDUBURI hardware and sofware, kata seorang menteri sebuah negeri Pasir Berdengung...

Blog Archive