Tuesday, June 18, 2019

ABU SAYYAF CULIK 10 KRU NELAYAN MUSTAHIL DI KAWASAN SABAH-RAMLEE MARAHABAN

MANTAN ADUN Bogaya dan pembantu menteri kewangan Sabah- Datuk Ramlee Marahaban percaya jika berlaku penculikan 10 kru nelayan pagi ini ianya bukan berada di kawasan ESSZONE.

“Pengalaman saya yang pernah dipintas dan ditangkap oleh Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) pada April lalu, bahawa kemantapan RADAR yang melengkapi ESSCOM boleh mengesan pergerakkan bot atau kapal yang belayar di perairan negara”. 

Memang setakat ini, belum disahkan apa kah benar adanya penculikan. 

Menurut laporan beberapa media, pagi tadi dua bot dinaiki 16 kru di percayai berada di perairan Tambisan dalam perjalanan ke Semporna, sebelum didatangi kumpulan bersenjata menggunakan bot laju, kira-kira jam 2 pagi dan seterusnya menculik 10 daripada kru tersebut. 

Setakat ini, difahamkan semua mangsa yang diculik adalah lelaki, pemegang dokumen Lepa-Lepa, berusia 17 tahun hingga 60 tahun. 

Walau bagaimanapun, jika kejadian culik ini benar-bernar berlaku, maka ianya merupakan satu tamparan hebat kepada pasukan ATB2, kerana gagal mengesan atau memintas penculik sebenar. 

“Jika benar berlakunya kes culik 10 kru nelayan itu, memang mengesahkan cakap-cakap bahawa RADAR yang digunapakai hanya mempunyai kesan kepada bukan penculik”. 

Pada awal April lalu, dilaporkan secara meluas, lima lelaki bersenjata ditahan ATB2 yang dipercayai cuba menyusup masuk ke perairan Pulau Mataking, kemudiannya dikenalpasti, bahawa mereka itu bukan penjanyah seperti disangka, kerana bot yang dipintas dan ditahan itu penumpangnya adalah Datuk Ramlee bersama anak-anak buah beliau. 

“Saya pelik, dengan adanya perintah berkurung yang beterusan, kemudiannya penubuhan ATB2, yang mempunyai aset serta kelengkapan radar yang diperlukan, masih gagal mengesan penculik sebenar”. 

“Jika benar berlakunya kes culik, maka disarankan Standard Operation Prosedure (SOP) di kawasan ESSZONE dikaji semula, supaya kejadian culik tidak berlaku”.

"Jika kejadian culik ini berlaku, maka kali ke-3 dalam tempoh kurang setahun selepas bertukarnya kerajaan kerana kejadian sebelum ini pada 11 September 2018, dua nelayan warga Indonesia dipercayai diculik kumpulan Abu Sayyaf untuk wang tebus (KFR) di perairan Pulau Gaya, Semporna dan pada 6 Disember 2018 seorng nelayan Malaysia, Jari Abdullah, 34 dan dua rakannya, warga Indonesia, Heri Ardiansyah serta Hariadin, diculik ketika memukat ikan di perairan Pegasus Reef, Kinabatangan".


No comments:

Blog Archive