Sunday, June 30, 2019

AHLI PARTI BERGANDA BUKAN PELIK DI SABAH

PENDUDUK SABAH seramai 3.9juta. Daripada jumlah itu 2.7 juta adalah rakyat Sabah. Daripada 2.7juta itu separuh layak mengundi. Pada PRU-14 jumlah pengundi berdaftar seramai 1.1juta.

Adalah diperkirakan semua mereka yang berdaftar sebagai pengundi itu adalah ahli sesebuah parti.

Umno mengaku masih ada ahli seramai 500 ribu, sementara Warisan sudah mencecah 300 ribu, Bersatu pula sudah mencecah 200 ribu. Tiga parti itu sahaja ahlinya sudah berjumlah 1juta. PBS, UPKO, PKR, DAP, STAR, SAPP dan parti-parti lain, berapa pula keahliannya? 

Berasasakan taburan keahlian sesebuah parti di Sabah, kalau ada yang mengatakan bahawa keahlian itu hanya kuantiti, bukan kualiti ada kebenarannya.

Jumlah keahlian kuantiti tidak dapat menjamin kemenangan sesebuah parti dalam pilihan raya. Sebagai bukti pada PRU-14, parti-parti yang mempunyai keahlian berasaskan kuantiti terjebak dengan jumlah itu, kerana pencapaian tidak selari dengan jumlah ahli.

Jumlah keahlian berasaskan kuantiti, sudah terhidu oleh Naib Presiden Parti Warisan Sabah- Datuk Jaujan Sambakong, sehinggakan beliau memberi amaran kepada ahli-ahli parti supaya jangan seperti lalang, ikut di mana angin bertiup.

Di Sabah, ahli parti bertindak sebagai lalang bukan sesuatu yang baharu. Para ahli sedemikian bukan menyertai parti kerana perjuangan dan fahaman, akan tetapi menyertai parti kerana mengejar peluang.

Oleh kerana motivasi dan matlamat mengejar peluang, kalau kita amati, parti yang ditubuhkan pemimpinnya jarang sekali sebelumnya tidak berparti, sebaliknya adalah mantan-mantan sesebuah parti yang ditubuhkan sebelumnya. Demikian juga keahlinnya, majoriti daripada parti yang ditinggalkan. Di lain pihak, parti yang ditinggalkan masih seronok melihat senarai ahli pada database komputer parti itu, sedangkan senarai itu, bukan lagi jumlah keahlian sebenar, kerana sudah ramai yang sudah menyertai parti lain. 

Kalau lah ada undang-undang, bahawa setiap parti perlu menaikkan notis keahlian, maka ianya satu cara membendung 'double memberships" "triple memberships' atau 'quadruple memberships". Fikir-Fikrkan Lah.

No comments:

Blog Archive