Wednesday, March 20, 2019

SABAH BAKAL HILANG- MAXIMUS

KEKUATIRAN Datuk Maximus Ongkili, bahawa suatu hari nanti Sabah bakal hilang daripada Persekutuan Malaysia, tidak boleh disangkal, jika polisi berkaitan PTI (pendatang tanpa izin) tidak dapat dibendung.

Apabila suatu masa kelak, bahawa penduduk asal Sabah dioutnumbers oleh rakyat baharu, maka pada masa itu lah akan berlaku, Sabah bakal hilang daripada Persekutuan Malaysia.

Dalam prinsip demokrasi, jika suara majoriti menghendaki bahawa Sabah akan berpisah dengan Malaysia, maka tiada siapa yang dapat membendung, kecualilah menerusi peperangan.

Penduduk Sabah sekarang, berjumlah 3.9juta, kedua terbanyak daripada Selangor. Bayangkan sebuah negeri yang mempunyai penduduk kurang daripada sejuta pada tahun 1963, mengalamai pertumbuhan penduduk 518% selama 49 tahun (berasaskan data tahun 1970) atau purata 10.6% setahun. Pertubuhan penduduk Sabah itu, melangkaui pertumbuhan penduduk mana-mana negara di dunia termasuk Afrika.

Pemutihan terhadap PTI yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan yang diterajui Parti Warisan Sabah akan meningkatkan lagi pertumbuhan penduduk Sabah.

No comments:

Blog Archive