Wednesday, February 27, 2019

PRK SEMENYIH; BN AKAN BUAT KEJUTAN

MEMANG tidak mudah bagi BN merampas DUN Semenyih, mengingat majoriti PH lebih 8,000 undi kurang setahun lalu semasa PRU-14.

Jarang berlaku dalam PRK calon incumbent kalah, kecuali PRK Lunas (2000), Kuala Terengganu (2008) dan Teluk Intan (2014).

Namun pada kali ini, kemungkinan besar calon Bn menang kerana tindakan PH sendiri yang menyebabkan calon mereka ditolak.

Bukan sahaja pengundi golongan muda khasnya bakal menolak, akan tetapi rakyat biasa juga turut menolak calon PH.

Kebarangkalian kemenangan calon Bn, sangat dibantu jentera parti yang disokong sepenuhnya oleh jentera PAS.

Faktor calon juga menjadi faktor penentu, kerana dikhabarkan calon Bn diterima baik oleh pengundi berbanding calon PH.

Kawan-kawan yang turut berkempen pada PRK ini, turut yakin, calon Bn akan membuat kejutan pada 2 Mac, kerana menurut mereka, sambuatan terhadap kempen Bn sungguh luar biasa, khasnya kehadiran mantan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dengan tagline "MALU APA BOSSKU".

Walau apapun, menurut jentera Bn dan PAS, diharapakan sambutan pengundi Semenyih semasa kempen diterjemahkan kepada undi.

Jika pada PRK ini calon PH kalah, bukan kerana calon itu daripada PPBM, akan tetapi kemarahan rakyat terhadap rakan parti itu DAP.

No comments:

Blog Archive