JIKA ada pemimpin yang menghina Tun Dr Mahathir di Sabah sudah tentunya datangnya daripada pemimpin pembangkang, namun tiada seorangpun pemimpin pembangkang berbuat demikian.
Dr Jeffery G Kitingan, adalah mangsa tahanan ISA semasa Tun Dr Mahathir Perdana Menteri, dan kini masih pemimpin pembangkang kepada kerajaan yang diterajui Perdana Menteri ke-7 itu, namun tidak secebis perkataan pun menghina keluar daripada mulut Presiden STAR itu. Demikian juga daripada parti-parti pembangkang lain, tiada yang mengeluarkan perkataan lucah seperti FU (fuck You). Malang sekali, perkataan itu datang daripada seorang wakil rakyat dan pembantu menteri yang menyokong Datuk Shafie Apdal.
Wakil rakyat Dun Inanam daripada PKR-Keny Chua, didapati menghina Tun Dr Mahathir melalui hantaran di FB peribadi beliau minggu lalu (walaupun hantaran itu telah dipadam, namun berjaya discreenshot oleh pengguna media sosial).
Pada 15 Februari lalu, apabila Tun Dr Mahathir membuat pengumuman bahawa PPBM akan menlebarkan sayapnya ke Sabah, beberapa pemimpin pro Shafie membuat kenyataan "liar" terhadap Tun Dr Mahathir.
Penulis benar-benar tidak faham, mengapa beberapa pemimpin pro Shafie itu berbuat demikian, sedangkan Shafie mendapat jawatan Ketua Menteri dan dapat membentuk kerajaan Sabah kerana sokongan parti-parti PH.
Tindakan para pemimpin Pro Shafie itu, semacam "hilang akal" dan tidak lagi berpandukan kepada asas politik yang menyebabkan mereka sebahagian daripada kerajaan.
Penulis tidak pelik, jika wakil rakyat katak seperti Datuk Bolkiah Ismail (Pitas), Jamawi Jaafar (Kemabong) membuat kenyataan pedas terhadap Tun Dr Mahathir dan PPBM, kerana mereka terpaksa berbuat demikian untuk mengambil hati Shafie, akan tetapi, jika wakil rakyat daripada PKR, Warisan serta DAP bertindak demikian, maka ada sesuatu yang tidak kena, malah kemungkinan besar ada dalang di belakang layar.
Ada lah satu fakta, para pemimpin utama Parti Warisan Sabah termasuk Shafie, sangat menentang kemasukkan PPBM ke Sabah, namun mereka terpaksa akur kerana mana-mana parti sah di negara ini bebas melebarkan sayapnya ke mana-mana sahaja di negara ini.
Selepas hantaran Keny Chua heboh di media sosial dan portal online, ADUN Inanam itu membuat penafian dan sekaligus menukar gambar profile beliau di FB.
Apa kah yang menyebabkan para wakil rakyat ini begitu menentang kemasukkan PPBM ke Sabah? dan mengapa mereka menentang habis-habisan kemasukkan mantan-mantan pemimpin Umno ke dalam parti itu?
No comments:
Post a Comment