Tun Dr Mahathir menempelak anggapan, bahawa kemasukkan PPBM ke Sabah bergantung kepada Parti Warisan Sabah (PWS).
Menurut Pengerusi PPBM itu, kemasukkan parti itu ke Sabah tidak bergantung kepada mana-mana syarat atau mana-mana pihak, sebaliknya bergantung kepada keperluan politik.
Kepimpinan PPBM akan menentukan apa kah akan menyebarkan sayap ke Sabah, sudah tentunya berasaskan penilaian senario politik semasa.
Pada 12 Disember, 2018 wakil rakyat Umno Sabah (ADUN dan MP) bersama-sama 21 ketua-ketua bahagian Umno Sabah telah mengistiharkan diri mereka tanpa parti. Ekoran tindakan itu, maka bertiup dengan kencang, bahawa mereka itu akan menyertai PPBM, dan seterusnya parti itu melebarkan sayapnya ke Sabah selepas Sarawak. Walau bagai manapun, belum pun parti itu membuat keputusan, pemimpin parti Warisan Sabah-terutama Presidennya, menentang, kemudian meminta, kemudiannya merayu, agar parti itu tidak mengembangkan sayapnya ke Sabah.
Menerusi kenyataan Tun Dr Mahathir pada Selasa, bahawa samada PPBM ke Sabah atau tidak, tidak bergantung pada mana-mana pihak, menunjukkan bahawa kenyataan mantan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah pada 6 Februari lalu, bahawa PPBM akan mengembangkan sayapnya ke Sabah dalam masa terdekat ada keterkaitan dengan kenyataan Pengerusi parti itu.
Pada mesyuarat kepimpinan PPBM hari ini, 7 mantan MP Umno telah diterima sebagai ahli biasa parti itu.
No comments:
Post a Comment