PPBM adalah parti kebangsaan, walaupun daripada segi jumlah kerusi sedikit berbanding PKR dan DAP, namun pemimpin parti itu adalah Perdana Menteri.
Ura-ura kemasukkan parti itu ke Sabah ditentang oleh para pemimpin Parti Warisan Sabah (PWS), menerusi hujah, bahawa sebelum PRU-14, ada persetujuan tidak bertulis antara dua parti itu, bahawa parti berdaftar di Semenanjung itu tidak melebarkan sayapnya ke Sabah, sebaliknya berkolaborasi dengan PWS menentang Parti Barisan Nasional.
Seperti mana keputusan PRU-14, walaupun berlaku kolaborasi antara PWS dan PPBM khususnya di kawasan yang ditandingi Umno, hanya berkesudahan di peringkat Dewan undangan Negeri (DUN), PWS hanya menang 15 daripada 32 Dun, kerana Umno menang 17, manakala diperingkat parlimen seimbang dengan Umno, masing-masing 7 parlimen.
Kini, selepas PRU-14, senario politik Sabah telah berubah, kerana para ahli parlimen Umno (kecuali seorang) dan ADUN (kecuali seorang) telah menjadi wakil rakyat bebas.
Para wakil rakyat bebas dan mantan-mantan pemimpin Umno dikhabarkan berkecenderungan menyertai PPBM, malah mereka itu bersedia menjadi penyajah di kawasan masing-masing.
Keputusan mereka itu, mungkin didasarkan kepada sejarah politik Sabah, bahawa sesebuah parti yang kehilangan kuasa, tidak pernah bangkit lagi, kecuali mengubah hala tuju secara total, seperti mana dilakukan oleh parti PBS pada tahun 2002, apabila menyertai semula Bn, maka parti itu menjadi sebahagian daripada kerajaan selepas PRU tahun 2004.
Melihat kepada sejarah politik Sabah dan senario politik semasa, meskipun Umno Sabah dikatakan telah autonomi daripada Umno Pusat, namun parti itu kehilangan nahkoda di semua peringkat.
Memang dalam politik kesudahan sukar diramal kerana politik itu sendiri penuh dengan kebarangkailan dan kemungkinan, namun meningat kepada sejarah politik Sabah, Umno sukar untuk bangkit semula di Sabah.
Kembali kepada faktor kebimbangan para pemimpin PWS berkaitan kemasukkan PPBM ke Sabah, sebenarnya hanya faktor berkepentingan peribadi bukannya berasaskan kepada kepentingan rakyat dan negeri Sabah, kerana para pemimpin PWS takut adanya parti yang bertindak semak dan imbang.
Seharusnya para pemimpin PWS tidak perlu takut, kerana PPBM adalah anggota Pakatan Harapan. Kerajaan Sabah adalah kolaborasi antara PWS, PH dan UPKO.
Para pemimpin PWS kena sedar, bahawa dalam politik, tidak berlaku pemaksaan atau menghalang sesiapa menyertai mana-mana parti politik, kerana menyertai sesebuah parti politik bersifat sukarela.
No comments:
Post a Comment