Wednesday, January 02, 2019

SENARIO POLITIK SABAH: BUANG MASA LAYAN PARTI PEMBANGKANG

Sejarah politik Sabah, hanya parti USNO dan PBS sahaja yang pernah menang kerusi pada pilihan raya berikutnya selepas kehilangan kuasa, tetapi tidak cukup kerusi untuk menubuhkan kerajaan.

Berikutan itulah, parti USNO membubarkan diri, manakala PBS menyertai semula parti kerajaan.

Jika melihat sejarah Sabah, maka Umno Sabah yang kehilangan kuasa, juga akan akan ikut jejak dua parti tersebut.

Melihat senario politik semasa, tiada satu kawasanpun yang boleh dimenangi parti itu, jika pilihan raya diadakan sekarang termasuk Parlimen Kinabatangan.

Jika wakil rakyat Umno kekal dalam parti itu, mungkin 5-6 kawasan Dun bakal dimenangi kerana faktor pemimpin akar umbi, tetapi peringkat parlimen bakal kosong. Oleh kerana mereka semuanya sudah keluar, maka tiada lagi kawasan yang bakal diwakili parti itu.

Pada PRU-14, Umno yang berbekal dengan tag simpanan tetap, berbekalkan 31 bekas ADUN yang dicalonkan semula, hanya menang 17 daripada 32 kawasan yang ditandingi, daripada jumlah itu hanya 13 kawasan dimenangi dengan undi popular, yang empat lagi kerana pecah undi. Manakala 15 kawasan yang dimenangi PWS, 14 dengan undi popular, manakala yang satu kurang sedikit daripada 50%.

Tindakan para mantan wakil rakyat itu serta 21 ketua bahagian dan 2 senator keluar beramai-ramai pada 12/12/2018 adalah tepat sesuai dengan senario politik semasa.

Oleh kerana semua mereka itu bakal menyertai parti PPBM, maka akan mempermudah PWS dan PH menang pada pilihan raya akan datang, sekurang-kurangnya mencontohi pencapaian Bn dahulu semasa PRU 20004, 2008, dan 2013. Ertinya kolaborasi itu akan berlanjutan sekurang-kurangnya 4 penggal.

Pendek kata, dalam politik, jangan cari musuh, perbanyakkan kawan, seupaya semuanya dipermudahkan. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive