Wednesday, January 02, 2019

DISEBALIK CABARAN BEBAS BERSATU SABAH

PEMIMPIN BEBAS BERSATU SABAH
Rakyat Sabah tahu, semasa Parti Warisan Sabah (PWS) ditubuhkan pada Oktober, 2016, tahun yang sama PPBM ditubuhkan, pemimpin parti itu dengan jelas, menyatakan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti politik, bagi berdepan dengan PRU-14, sebaliknya bersendirian kerana membawa slogan atau misi Sabahan for Sabah, Sabah for Sabahan.

Parti yang ditubuhkan oleh Datuk Shafie Apdal bersama-sama dengan Darell Leiking, Naib Presiden PKR bagi Sabah, dan disertai masing-masing seorang ADUN DAP, PKR dan Umno.

Shafie menubuhkan parti itu, selepas beliau keluar daripada Umno, ekoran pengantungan keahlian beliau daripada parti itu.

Sementara PPBM ditubuhkan ekoran keluarnya Tun Dr Mahathir daripada Umno, pemecatan Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sebenarnya, Datuk Shafie Apdal dipelawa untuk menubuhkan PPBM, namun beliau menolak sebaliknya menubuhkan parti tempatan, dengan persetujuan, bahawa di Sabah, PPBM tidak akan mengembangkan sayapnya.

Kerana isu semasa di kalangan pengundi Sabah menjelang PRU-14, dahagakan parti tempatan, maka Shafie mengambil peluang itu, dengan menyamakan penubuhan PWS serupa dengan penubuhan Parti Berjaya tahun 1975 dan Parti PBS pada tahun 1985. Selain itu, beliau menggunakan pendekatan Sarawak yang sepenuhnya dikuasai oleh parti tempatan.

Misi utama Shafie, adalah menghalau pulang Umno ke Semenanjung, selari dengan misi PH menumbangkan Bn.

Namun, diambang PRU-14, Shafie mengubah haluan, apabila berkolaborasi dengan DAP dan PKR untuk mengelak bertembung sesama sendiri dalam pilihan raya itu. Impak kepada startegi itu, PWS menang 21 kerusi Dun, 8 kerusi Parlimen, manakala DAP menang 6 Dun, dan 3 Parlimen, PKR pula menang 2 Dun, dan 3 Parlimen.

Meskipun kolaborasi antara PWS, DAP dan PKR tidak menang, namun menyebabkan DUN Sabah tergantung, kerana tiada pihak yang mendapat majoriti mudah, kerana jumlah kerusi 3 parti itu sama banyak dengan kerusi yang dimenangi Bn, iaitu 29:29.

Apabila melihat kepada trend pengundian pada PRU-14, untuk 60 kerusi Dun, 33 Dun berpihak kepada PWS, DAP, dan PKR, sementara Bn hanya 27. Oleh kerana impak pertembungan berbagai penjuru, maka sebab itulah keputusan PRU itu, seimbang. Jika pihak PWS, DAP dan PKR mendakwa bahawa PRU-14 dimenangi mereka, maka ada kebenarannya, kerana mereka melihat kepada undi popular, namun sistem demokrasi kita berasaskan first past the post, maka menyebabkan jumlah kerusi sama jumlahnya.

Berasaskan kepada kecenderungan pengundian pada PRU-14 dan dikaitkan dengan sejarah politik Sabah, sudah menjadi tradisi politik negeri ini, pada pilihan raya berikutnya, parti yang menang dan apabila masuk untuk penggal ke-2, maka akan menang dengan kuasa 2/3. Senario itu telahpun dibukti kan oleh parti Berjaya, PBS dan seterusnya Bn Sabah. Sebagai contoh, Bn Sabah membentuk kerajaan pada tahun 1994, kerana lompat parti, namun pada PRN 1999, Bn Sabah menang 31 kerusi Dun daripada 48, jumlah itu merupakan jumlah kuasa 2/3 Dun Sabah.

Mungkin atas pertimbangan ini, maka berdepan dengan PRU-15, PWS tidak mahu diganggu menerusi kehadiran parti seperti PPBM, untuk memastikan parti itu menjadi tunjang kerajaan negeri.

PWS melihat, berasaskan senario politik semasa dan akan beterusan sehingga PRU-15, kalau tidak semuapun kawasan-kawasan yang dimenangi Umno pada PRU-14, sekurang-kurangnya 11 daripada 17 itu akan ditawan parti itu. Kemungkinan besar atas keyakinan ini, maka mereka menolak PPBM melebarkan sayapnya ke Sabah.

Kita tahu, bahawa PWS dan PH serta UPKO telah menubuhkan kerajaan negeri pada 12 Mei, 2018, ekoran kerajaan Bn (kini telah menjadi sejarah) yang diterajui Tan Sri Musa Aman tumbang kerana 6 ADUN Bn melompat menyokong Datuk Shafie Apdal. Ekoran kepada perkembangan itu, para ADUN Umno berkeluaran, dan puncaknya pada 12-12-2018, dan kini kerusi Umno Sabah di peringkat DUN kosong, hanya 1 MP yang berbaki, iaitu MP Kinabatangan, yang dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang baru.

PWS sudah begitu yakin, tanpa penyertaan mantan-mantan pemimpin Umnopun, parti itu akan menang besar pada pilihan raya akan datang. Isu lah ini yang menjadi perbicangan tertutup antara PWS dan PPBM. Jika pimpinan PPBM mengambil maklum, keupayaan PWS berasaskan senario politik semasa, maka kemungkinan parti itu akan akur dengan pandangan parti yang dipimpin Shafie itu.

Penulis melihat, KEMUNGKINAN tidak masuknya PPBM ke Sabah, bukannya berasaskan kepada mana-mana pemimpin daripada Bn atau Umno, akan tetapi pertimbangan berasaskan kecenderungan pengundi Sabah seperti mana ditunjukkan menerusi PRU-14. Berasaskan sejarah politik Sabah, kencederungan pengundi itu akan berterusan  menyokong parti yang sedang memerintah pada penggal ke-2 pemerintahan.

Untuk sementara, berasaskan sejarah politik Sabah, tiada parti atau pemimpin Sabah lagi yang pernah mengubah trend pengundian rakyat Sabah itu, sejak jatuhnya Usno pada tahun 1976.

Apa kah sejarah politik Sabah itu boleh diubah? oleh gandingan pimpinan tidak berparti Sabah (BEBAS BERSATU)  yang dianggotai oleh Datuk Hajiji Haji Noor, Datuk Salleh Tun Said, Tan Sri Pandikar Mulia, Datuk Masidi Manjun, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Datuk Arifin Arif, Datuk Rahim Bakri, Datuk Ghulam Haidar, Datuk Rahim Ismail, Datuk Ronald Kiandee, Datuk Isnin Aliasnih dan ramai lagi.

Penulis menunggu, apa kah pada kali ini, anggapan, bahawa dalam politik semuanya boleh berlaku, kerana politik itu sendiri penuh dengan berbagai kemungkinan. Fikir-fikrkan.

No comments:

Blog Archive