Kemajuan tidak terlepas daripada pelaburan, samada pelaburan itu berbentuk tempatan atau pelaburan asing.
Bagi Sabah, setakat Jan-Sept, 2018 pelaburan (tempatan dan asing) hanya berjumlah RM140.9juta (caption) menduduki tempat ke-5 daripada bawah antara 15 negeri atau menuduki tangga ke-11, malah terlalu jauh berbanding negeri jiran Sarawak yang mendapat pelaburan sebanyak RM2,284.4juta. Pada tahun 2017, Sabah mendapat pelaburan berjumlah RM785.2juta. Melihat kepada penurunan jumlah pelaburan itu, tidak boleh dinafikan, bahawa kadar kemajuan dan pembangunan Sabah menunju penurunan. Dengan berkurangnya pelaburan, maka untuk tujuan keseimbangan, agar rentak kemajuan dan pembangunan tidak merundum, maka kerajaan negeri perlu melakukan pelaburan daripada sumber sendiri, jika tidak, maka sangat berimpak kepada kadar pengangguran dan kelembaban ekonomi.
Sepatutnya Sabah boleh mendapat pelaburan yang tinggi tahun lalu, kerana menteri yang menjaga pelaburan adalah daripada Sabah. Mengapa berlaku sebaliknya? berbanding tahun 2017. Apa kah keadaan ini berkait rapat dengan kerajaan negeri? Penulis berharap, keadaan ini, tidak berpanjangan, kerana ianya merugikan negeri dan rakyat.
Pelaburan sebenarnya sangat bergantung kepada keyakinan pelabur pada sesebuah negeri, khususnya kerajaan yang memerintah. Pelabur mempunyai hanya satu matlamat, iaitu money make money, dan pada keadaan yang sama, mereka membuat pelaburan berasaskan menang-menang, iaitu pelaburan mereka mendapat keuntungan, dan di pihak lain, pelaburan mereka itu membawa kemajuan dan pembangunan pada negeri yang mereka membuat pelaburan.
Melihat kepada kadar pelaburan ke Sabah tahun lepas yang menurun dengan drastik, adalah diharapkan agar keadaan ini hanya bersifat sementara waktu, dan akan pick-up pada tahun ini, supaya Sabah boleh menjadi negeri maju menjelang tahun 2025, seperti mana digariskan menerusi HALATUJU kemajuan dan pembangunan Sabah yang diperkenalkan oleh kerajaan Sabah sebelum ini.
Bagi penulis, bertukar kerajaan,bukan bermakna memadamkan kemajuan dan pembangunan, akan tetapi kerajaan yang mengambil alih perlu meneruskan kadar itu dan kalau boleh perlu dilipat gandakan.
Kerajaan sekarang sebenarnya, mewarisi satu kerajaan yang mempunyai cukup wang, cukup sumber untuk mengembangkan perekonomian, kerana selain wang simpanan kewangan negeri yang hampir RM4bilion, juga simpanan khazanah hutan yang hampir 1.9juta hektar, KDNK berjumlah RM80bilion, selain pemudah cara aktiviti ekonomi seperti Samur, POIC dan SGOT, malah adanya SICC, di Telok Likas.

No comments:
Post a Comment