Rakyat mana tidak tertarik, jika biasanya Sabah menerima royalti minyak RM1, tetapi jika Parti Warisan Sabah memerintah, maka Sabah dapat RM16. Nisbah itu membawa erti, daripada 5% kepada 80%. itu lah janji Datuk Shafie Apdal (caption).
Tahun 2018, Sabah menerima royalti berjumlah RM1.606bilion, tahun ini dianggarkan RM1.6bilion, angka itu berasaskan pada kadar 5%. Kalau janji Shafie dilaksanakan, Sabah bukannya terima jumlah itu, akan tetapi RM25,6blion, atau 6.15 kali ganda bajet negeri (bajet negeri tahun 2019 berjumlah RM4,16bilion).
Jika angka itu Sabah dapat, alang kah banyak peluang terwujud, selain peluang-peluang pekerjaan kerana adanya syarikat-syarikat baru, juga kemudahan awam atau kemudahan asas dapat dibina dengan lancar, kerana ada wang.
Namun, apa kan daya, kenyataan Shafie itu, hanya gimik politik, hanya janji (caption) TARANG BULAN!!!.
Sabah, dijangka menerima bayaran royalti (5%) kurang sedikit tahun ini, ekoran penurunan harga minyak di pasaran antarabangsa. Selain itu, kadar pembangunan, dan ekonomi juga dijangka lembab sepanjang tahun ini, kerana pelaburan untuk Sabah hanya RM140juta (tempatan dan asing)
Kemajuan dan pembangunan sangat berkait rapat dengan hasil kerajaan, dan pelaburan yang diperolehi. Oleh kerana, adanya tanda-tanda, bahawa hasil dan pelaburan menurun, maka kemajuan dan pembangunan Sabah bukan sahaja akan jadi perlahan akan tetapi terbantut.
Jika keadaan ini berlarutan, yang terimpak adalah rakyat, manakala para wakil rakyat, atau mereka yang dibayar gaji, akan steady sahaja, kerana imbuhan akan seperti sedia kala... kesimpulannya, rakyat melopong kerana tindakan sendiri, tanpa berfikir, seperti mendengar guruh di langit, lalu air di tempayan dicurahkan.
1 comment:
Terlampau banyak janji tarang bulan semasa kempen PRU14
Post a Comment