Monday, January 07, 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS: TIBA MASA UMNO LETAK CALON

UMNO tidak boleh mengambil pendekatan, kalah jadi abu, menang jadi arang. Umno kena bangkit semula. Tradisi lama, sudah dinoktahkan pada PRU-14. Kini, pendekatan baharu pula. Sesuai dengan senario politik semasa, PRK Cameron Highlands, sudah tiba masanya Umno meletakkan calon.

Meletakkan calon melayu, untuk melihat, bagaimana sambutan kaum melayu terhadap parti itu, kerana itulah sandaran parti itu untuk bangkit.

Lupakan tradisi sebelum ini, kerana ianya tidak relevan lagi dalam suasana politik sekarang. Jelas menerusi PRU-14, kaum lain sudah menolak Umno, mereka sudah alergi terhadap parti itu. Bukan itu sahaja, ramai pemimpin parti itu, tiba-tiba gatal badan, tidak lagi dapat menyebut nama Umno.

Umno kena mengambil iktibar, menerusi EMPAT PRK selepas PRU-14, semuanya dimenangi Pakatan Harapan. Tiga PRK disebabkan kematian, PRK Port Dickson dikosongkan, manakala PRK Cameron Highland, kerana distiharkan kosong oleh SPR.

Pada PRU-14, P087 Cameron Highland kekal MILIK Bn apabila menang dengan majoriti undi 587, apabila Sivaraajah (Bn) mendapat undi 10,307 berbanding Manogaran (DAP) 9,710, calon ketiga daripada Pas dengan undi 3,587, manakala dua calon lain masing-masing kurang daripada 1,000 undi.

Penamaan calon dijadualkan pada 12 Januari, dan jika ada pertandingan undi awal pada 22 jan, manakala pengundian proper pada 26 januari. Kawasan itu mempunyai 32,009 pengundi berdaftar.

Pada Jumaat dalam sidang media Pakatan Harapan, sambil memperkenalkan calon mereka, yang mengekalkan calon mereka pada PRU-14 (Manogaran), yakin akan merampas kawasan itu.

4 PRK lalu, semuanya membabitkan kawasan PH yang dimenangi pada PRU-14. Apa kah PRK kali juga akan dimenangi PH, untuk melengkapkan kemenangan 5-0!!! akan terletak kepada Umno sendiri.

No comments:

Blog Archive