Tuesday, October 23, 2018

TUN MAHATHIR TIDAK JAMIN ANWAR JADI PERDANA MENTERI

Kenyataan Tun Dr Mahathir, bahawa beliau tidak dapat menjamin Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sebaliknya terpulang kepada rakyat. Namun beliau berjanji, jika meletakkan jawatan, maka akan menyerahkan jawatan kepada Anwar.

Cara Tun Dr Mahathir membuat kenyataan itu mempunyai erti tersirat. Jika Anwar mahu jawatan PM, maka Presiden elect PKR itu kena dapatkan terlebih dahulu atas kehendak rakyat, bukannya hanya menumpang.

Kejayaan PH pada PRU-14, jelas bukan kerana kerana Anwar jadi Perdana Menteri, akan tetapi, pengundi mahu Tun Dr Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri.

Jika rakyat mahukan Anwar Perdana Menteri, maka pada PRU-13, ianya sudah berlaku. 

Penulis nampak cara Tun Dr Mahathir menjawab semasa Bicara Minda anjuran Sinar Harian yang dikendalikan oleh Tan Sri Johan Jaafar, akan berlaku pilihan raya mengejut untuk membolehkan Anwar mengetuai PH berhadapan dengan pilihan raya itu.

Kemenangan Anwar pada PRK Port Dickson, bukan ukuran sebenar, bahawa beliau mendapat sokongan rakyat. Atas sebab itu, beliau mendapat mandat daripada rakyat terlebih dahulu sebelum menjadi Perdana Menteri.

Kenyataan Tun Dr Mahathir semalam, sebenarnya menyindir pemimpin yang tiada mandat, tetapi menjadi Ketua Menteri. Kalau Datuk Shafie Apdal menghadam kenyataan PM-7 itu, sebenarnya ditujukan kepada pemimpin seperti shafie. Demikian juga kepada Anwar, jangan ghairah dulu, lalu klimaks. Anwar kena dapatkan kedudukan itu.

Kepada pemimpin Umno, sabar-sabar dulu sebelum tinggalkan parti, walaupun Tun Dr Mahathir bahawa Umno tidak wujud lagi, ianya merupakan satu cabaran yang perlu jawab.

1 comment:

Anonymous said...




TUN INSAFLAH BERTAUBATLAH. INGAT MATILAH, INGATKAN ALLLAH

Blog Archive