Wednesday, October 24, 2018

SAYA SANGGUP KALAH DALAM PILIHAN RAYA DARIPADA KALAH PADA KATAK

Kerajaan yang ditubuhkan kerana tindakan katak, adalah kerajaan yang tidak akan mampu menjalankan amanah rakyat. Alasannya, asasnya juga sudah tidak amanah.

Tindakan katak, adalah tindakan tidak bermoral, maka kerajaan yang tertubuh kerananya juga tidak bermoral.

Tindakan katak merosak sistem demokrasi, maka kerajaan yang tertubuh juga bukan atas asas demokrasi.

Tindakan katak bukan untuk diwarisi, dan tidak wajar dihalalkan.

Apabila kerajaan katak dihalalkan, maka ianya akan berterusan malah berjangkit.

Dahulu, tidak pernah berlaku kerajaan katak tertubuh di Semenanjung, namun terjangkit daripada Sabah, apabila Negeri Perak julung kalinya diperintah Kerajaan Katak pada tahun 2009.

Kerajaan Katak Sabah dimula oleh pemimpin UPKO tahun 1967, kemudian tahun 1994, UPKO kembali melalui PDS, tumbanglah kerajaan PBS yang bermula daripada tindakan Datuk Lajim Ukin dan Rubin Balang secara bersendirian.

Umno menerima Lajim dan Rubin, kini Umno menerima karma itu, apabila 3 ADUNnya menjadi katak pada 11 Mei, 2018, yang menyebabkan kerajaan yang ditunjangi Umno MENIMBULKAN kemelut Ketua Menteri Sabah.

Kerana takut hukum karma, mendiang Karpal Singh menentang gerakan 16 September 2008 Anwar mendorong 30 MP Bn jadi katak. Memangpun, masa itu, hampir2 kerajaan Persekutuan menjadi kenyataan, namun tindakan Tun Abdullah merombak kabinet memasukkan mereka yang berpotensi menjadi katak.

Wakil rakyat katak, berlaku kerana ketamakan, mementingkan diri sendiri. Tahun 1986, Tan Sri Pairin Kitingan sudah melihat ini, dan mahu ianya dihentikan menerusi undang-undang Anti Lompat. Namun, Persekutuan membatalkannya. Kini, parti beliau untuk ke-2 kali menjadi mangsa katak.

1 comment:

Puaka Rimba said...

Jangan pikul Biawak Hidup ,udah le...macam Umno sekarang ni. Hehehekikikihahahakahkahkah

Blog Archive