Pada Rabu, 24 Oktober, 2018 di Kota Kinabalu, Sabah Gabungan Bersatu Sabah (GBS) diumumkan penubuhan secara rasmi oleh Pengerusi Sementara- Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
GBS akan dianggotai oleh empat parti politik, iaitu Parti Bersatu Sabah, UMNO Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Bebas.
Penubuhan GBS tercetus berikutan keputusan Pilihanraya Umun ke-14 dan insiden-insiden susulan. Menyedari nadi rakyat yang dahagakan perpaduan dan kekuatan politik di kalangan parti-parti politik di Sabah, maka dipersetujui untuk menubuhkan GBS untuk menggantikan rejim politik lama.
Dari segi strukturnya, keempat-empat parti politik dalam GBS telah bersetuju untuk melantik Tan Sri Pairin Kitingan sebagai Pengerusi Interim, manakala presiden atau ketua-ketua komponen parti akan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi bersama iaitu Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili (Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden PBS), Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor (Pengerusi UMNO Sabah), Yang Berhormat Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Presiden STAR Sabah) dan Yang Berbahagia Tan Sri Joseph Kurup (Presiden PBRS) dan juga Datuk Seri Panglima Anifah Aman.
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi Manjun akan memegang jawatan Setiausaha Agung; manakala Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak sebagai Bendahari dan Yang Berhormat Datuk Joniston Bangkuai sebagai Ketua Penerangan. Semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) adalah secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa GBS. Mereka iaitu adalah Puan Julita Mojungki (Adun Matunggong), Datuk Anita Baranting (Adun Tandek), Datuk Musbah Jamli (Adun Tempasuk), Datuk Japlin Akim (Adun Usukan), Datuk Jahid Jahim (Adun Tamparuli), Datuk Gulam Haidar Bahadar (Adun Kawang), Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Adun Membakut), Datuk Isnin Aliasnih (Adun Klias), Matbali Musah (Adun Lumadan), Datuk Joachim Gunsalam (Adun Kundasang), Datuk Rahim Bakri (MP Kudat), Datuk Azizah Mohd Dun (MP Beaufort), Yamani Hafez Musa (MP Sipitang), Arthur Joseph Kurup (MP Pensiangan), Datuk Ronald Kiandee (MP Beluran), Datuk Zakaria Mohd Edris (MP Libaran), Datuk Moktar Radin (MP Kinabatangan),Robert Tawik (Adun Bingkor), Datuk Ellron Angin (Adun Sook), Datuk Bobbey Suan (Adun Nabawan), Abdul Rahman Kongkawang (Adun Labuk), Tan Sri Musa Aman (Adun Sungai Sibuga), Datuk Saddi Abdul Rahman (Adun Sukau) dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Adun Apas)
Matlamat gabungan itu ada lah bersedia untuk mengambil alih dari tampuk kerajaan sedia ada yang sehingga ke hari ini belum disahkan statusnya, dan GBS akan memastikan Malaysia dan Sabah kekal harmoni dan bersatu, disamping meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi negeri dan mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama.
GBS memperhatikan dengan serius, selepas lima bulan ‘berkuasa’, Kerajaan Negeri pimpinan Parti Warisan bukan sahaja gagal menjalankan kerja seperti yang diamanatkan oleh rakyat, tetapi juga memperlihatkan kelemahan mereka. Antaranya ialah memperjuangkan hak-hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutan dan Perjanjian Malaysia 1963; membantu pemohon yang tidak layak mendapatkan dokumen pengenalan diri; Empangan Kaiduan; Projek Tanjung Aru Eco-Development (TAED); dan lain-lain, seperti yang disenaraikan di dalam siaran akhbar.
Jika Kerajaan Sabah ditadbir oleh gabungan ini, maka akan berkerja keras untuk memperbaiki keadaan kucar-kacir ini apabila kami mengambil alih tampuk pemerintahan kelak. Kami juga bersedia untuk menghadapi mereka dan memenangi pilihanraya umum pada bila masa.
GBS juga akan memberikan kerjasama penuh kepada Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan demi kesejahteraan MALAYSIA BAHARU dan SABAH.
Perkara-perkara khusus, penting dan serta merta yang akan diberi keutamaan oleh GBS adalah menjemput dan merayu semua rakyat tulin negara Malaysia di Negeri Sabah untuk mendokong dan menyertai perjuangan murni ini demi menyelamatkan Sabah dan memperjuangkan kemajuan, keselamatan, integriti wilayah serta kemakmuran Negri Sabah yang tercinta.
Gabungan itu juga maklum esok 25hb OCTOBER, 2018 Hakim Makamah akan menentukan siapa kah Ketua Menteri SABAH yang sah; pelbagai pendapat telah diutarakan berdasarkan afidavit yang tersebar dan juga pandangan guaman dan awam yang berasaskan perundangan kerajaan Sabah.
Gabungan juga berpendapat seperti berikut:-
(1) Perlembagaan Negeri SABAH mengatakan TYT dalam kefahamannya akan membenarkan seorang Ketua Menteri yang dapat sokongan majoriti mengangkat sumpah di hadapannya. TYT berkuasa melantik KM yang telah dipilih mengikut sistem demokrasi iaitu melalui pilihanraya. Menurut Kamus English, majoriti mempunyai dua makna, iaitu lebih daripada separuh atau pun nombor terbanyak, dalam kontext ini, semasa TS Musa Aman angkat sumpah, beliau sebenarnya ada 31 ADUN yang sokong beliau jadi KM, tambahan lagi kalau ditinjau dari kemenangan kerusi mengikut parti dengan logo yang sama, BN menang 29 kerusi, WARISAN 21, DAP 6, PKR 2, sepertimana kes "hung" Parlimen di UNITED KINGDOM, Ratu Elizabeth telah memberi mandat kepada pembangkang yang memenangi kerusi terbanyak ("majority seats") untuk mencari rakan sekutu, dalam kes yang sama, kalau TYT bertindak adil, dia sepatutnya memberi peluang kepada BN yang menang 29 kerusi mencari rakan sekutu untuk bentuk kerajaan dan bukan parti yang menang 21 kerusi untuk bentuk kerajaan...!!
Perlu diingatkan sistem berparlimen dan perundangan kita di SABAH dan MALAYSIA telah digubal dan disalin daripada sistem undang undang BRITISH.
(2) TYT mempunyai kuasa untuk melantik/angkat sumpah tetapi tiada kuasa untuk memecat, hanya kalau Ketua Menteri itu sendiri letak jawatan secara sukarela seperti kes TS Pairin Kittingan pada tahun 2004. Selain itu hanya dengan "vote of no confidence" oleh Pembangkang apabila Dewan Undangan Negeri SABAH bersidang dalam tempoh 3 bulan selepas perlantikan itu dibuat.
(3) Laporan Polis yang kononnya TYT dalam keadaan tertekan ("under duress") semasa membuat perlantikan dan benarkan TS Musa Aman angkat sumpah itu kurang berasas kerana semestinya Ketua Polis Negeri berada di Istana Negeri dan di sisi TYT setiap masa sehingga upacara angkat sumpah itu selesai. TYT boleh buat aduan atau laporan serta merta di Istana kalau betul TS Musa Aman mengeluarkan percakapan kasar atau berkelakuan liar untuk mendesak, bukan buat aduan Polis hanya selepas angkat sumpah satu minggu.
(4) Ramai yang berpendapat kuasa TYT dan Sultan adalah berlainan di antara perundangan SABAH dan PERAK pun berbeza dan tidak boleh diseiraskan kedua~dua kes ini.
(5) TYT telah membuat kesilapan untuk melantik KM kedua dengan nasihat yang salah daripada Ketua Hakim SABAH.
Sebenarnya yang pihak mendapat majoriti itu boleh menguling TS Musa Aman apabila Persidangan DUN pertama diadakan jika pembangkang berasa mereka ada sokongan majoriti.
(6) Sebenarnya adalah salah disisi undang~undang sekirannya Menteri~menteri yang dilantik oleh DSP Shafie Abdal menerima gaji bulanan dan melakukan fungsi sebagai Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Politik atau semua jawatan Pengerusi~pengerusi lantikan untuk badan~badan GLC sebelum kes makamah ini selesai.
Setiausaha Kerajaan Negeri yang sepatutnya memberi arahan dan semua penjawat 'am harus menjalankan tugasan harian dan fungsi kerajaan.
(7) Kita tunggu dan lihat siapa menang siapa kalah. Tetapi yang terbaik adalah untuk mengembalikankan kuasa rakyat kepada rakyat untuk memilih sekali lagi agar keadilan boleh dipertegakkan dan bukannya merogol sistem demokrasi kita dengan merampas kuasa atau diperkosa oleh sistem judisiari kita yang banyak ketirisan.
1 comment:
Semoga Allah merahmati Sabah. 😎
Post a Comment