Tuesday, October 23, 2018

JIKA KERAJAAN KATAK MENANG?

Beberapa ADUN Katak bersama TSMA sebelum mereka khianat.
Jika mahkamah memenangkan kerajaan KATAK, maka selamanya perbuatan ini akan menghantui politik tanah air. 

Sebelum ini, kerajaan Katak yang hanya berlaku di Sabah, kemudiannya berjangkit ke Negeri Perak pada tahun 2009.

Pada tahun 2008, selepas PRU-12, ura-ura kerajaan Katak akan terbentuk menerusi Gerakan 16 September, Datuk Seri Anwar, namun nasib baik mendiang Karpal Singh masih hidup, beliau lah penentang utama kepada tindakan itu.

Sabah memang telah mengamalkan kerajaan katak, daripada awal kemerdekaan lagi. 

Tahun 1994, kerajaan katak berikutnya berlaku. Selepas 24 tahun berlaku lagi kerajaan katak pada 12 Mei lalu.

Jika kerajaan katak tidak dicegah, maka seterusnya akan membelengu Sabah.

Tan Sri Musa Aman bertindak menyaman TYT Sabah dan Ketua Menteri Katak, bukan kerana tamakkan kuasa, akan tetapi mahu menamatkan fenomina katak ini selama-lamanya.

Tindakan katak bukan sahaja tidak bermoral, akan tetapi perbuatan khianat. Perbuatan ini tidak wajar diwarisi.

Penulis kagum sangat dengan para wakil kelantan, apabila PAS hanya mempunyai kelebihan 2 kerusi di peringkat DUN PRU 2004, namun sehingga tamat penggal, meskipun berbagai cara dilakukan untuk memujuk para ADUN Pas, namun mereka bagaikan karang di tengah lautan. PRU-2004, adalah pilihanraya, di mana Bn mempunyai majoriti super majoriti di semua negeri dan Parlimen, keculai di Kelantan, pun demikian, tidak timbul alasan, untuk para ADUN mereka menjadi katak.

Pihak mahkamah seharusnya membantu membendung fenomena katak, dengan menghormati Perlembagan Negeri.

No comments:

Blog Archive