Tuesday, October 23, 2018

KEMELUT KETUA MENTERI SABAH-SEMAKIN BERCELARU

Terbaca laporan Thestar hari ini yang memetik peguam kedua belah pihak berkaitan saman Tan Sri Musa Aman terhadap TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal yang pada mulanya dijadualkan pada 26 Oktober, kemudian diawalkan pada 25 untuk Hakim membuat keputusan, kini berubah lagi, bahawa keputusan belum boleh dibuat, melainkan kedua belah pihak diminta berhujah secara lisan di mahkamah terbuka.

Penulis berpendapat, pihak mahkamah mahu mengubah bentuk saman, daripada originating summons (OS) kepada Writ of Summons (WS) untuk tujuan perbicaraan terbuka. 

Menerusi perbicaraan terbuka baik penyaman mahupun yang kena saman, boleh disoal balas oleh peguam masing-masing, selain itu akan melibatkan saksi-saksi.

OS Tan Sri Musa hanya meminta pihak mahkamah menentukan kedudukan beliau berdasarkan Perlembangaan negeri, berkaitan rentetan peristiwa daripada keputusan PRU-14 diketahui sehingga lah beliau dan kabinet beliau mengangkat sumpah pada malam 10 Mei, 2018.

Saman Tan Sri Musa sebenarnya berbentuk sederhana sekali (Straight forward case) kerana semasa beliau mengangkat sumpah, beliau mempunyai kerusi mudah daripada 60 kerusi DUN Sabah, kerana beliau disokong 30 ADUN lain.

No comments:

Blog Archive