Thursday, October 18, 2018

MALAYSIA BARU: WANG KKLW RM1.5BILION, WANG RISDA RM15.5 HILANG-TIADA KES

Pendakwaan terpilih Kerajaan Pakatan Harapan, boleh membawa padah pada sistem perundangan negara ini dalam masa panjang. 

Pendekatan yang digunakan boleh menyebabkan balas dendam. 

Tiada jaminan, Kerajaan Pakatan Harapan boleh menang dalam PRU-15. Kalau memangpun, PRU berikutnya belum tentu. 

Melihat senario politik tanah air, parti Umno adalah parti yang terkorban masa ini. Mengorbankan parti yang mempunyai ahli 3juta orang, bukan semudah menyapu sisa makanan di atas meja makan. 

Cara Tun Dr Mahathir menekan para pemimpin Umno mempunyai tujuan, supaya para pemimpin dan ahli parti berpindah ke parti beliau, PPBM. Apabila berpindah maka mendapat pemimpin seperti Dr Mazlee Malik, syed Sadiq Abdul Rahman, seterusnya anak beliau Datuk Mukhirz Mahathir, Tan Sri Rais Yatim yang biasa bakar jambatan. 

Kalau pendakwaan terhadap DS Najib Razak, dapat difahami, kerana isu 1MDB bukan sahaja isu nasional akan tetapi antarabangsa. Pendakawaan terhadap Najib, setidak-tidaknya peluang beliau membersihkan nama. 

Namun, penahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bakal didakawa menggunakan akta SPRM dan AMLA berkaitan Yayasan keluarga beliau Akal Budi, adalah sesuatu yang sukar diterima. Lagipun, wang yang dikatakan digunakan membayar kad kredit sudahpun dibayar habis pada tahun 2016. 

Bayangkan kes jelas wang RM1.5bilion berkaitan dana KKLW bagi Sabah yang diselewengkan menurut SPRM, wang RISDA berjumlah RM15.5 yang hilang dibuang begitu sahaja, sedangkan wang itu adalah wang kerjaan dan rakyat. 

Khir Toyo masuk penjara, rumah beliau dirampas, namun kes serupa dibuang begitu sahaja, walaupun perbicaraa sedang berjalan. 

Apa makna RULE OF LAW bagi kerajaan baharu?

No comments:

Blog Archive